Siapa yang tak mengenali dengan selebriti veteran Chef Wan yang lantang bersuara dan sentiasa memberi inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.
Tapi perlu diketahui percakapan beliau kadang-kadang pedih juga sehingga membuatkan orang yang terasa hati kerana suka cakap lepas. Kali ini dia ingin memberi sedikit ulasan dan luahan tentang masalah pemandu Uber di Kuala Lumpur.
Chef Wan naik angin apabila menyedari kereta yang dinaikinya tidak bersih malah keadaan dalam kereta juga barbau sehinga meloyakan.
Oleh kerana tidak tahan dengan habuk yang menyelubungi seluruh dalam kereta, Chef Wan telah menegur pemandu tersebut. Namun teguran itu telah ditolak malah pemandu tersebut mengarahkan Chef Wan untuk mendapatkan kereta Uber yang lain.
Sepanjang perjalanan, Chef Wan sempat membebel dan memberi nasihat kepada pemandu supaya menjaga kebersihan kereta. Mesti sakit telinga pemandu ni!
Chef Wan turut mengingatkan kepada orang ramai supaya sentiasa jujur dalam menjalankan tugas. Sebagai penumpang yang membayar wang untuk mendapatkan perkhidmatan teksi Uber, seharusnya menjaga sikap supaya tidak urang ajar.
Apa-apa pun, syabas buat Chef Wan. Teguran yang ikhlas walaupun pahit adalah untuk kebaikan. Memang mula-mula tak suka tapi bila difikirkan kembali betul juga nasihat tu.
Sumber IG Chef Wan
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.