Hubungan mesra di antara penyanyi Afgan dan Datuk Rossa masih lagi menjadi teka-teki peminat. Walaupun hangat diperkatakan, kedua-dua penyanyi popular Indonesia ini menafikan bahawa mereka kini sedang menjalinkan hubungan istimewa.
Hanya Berkawan Baik
Kami tertarik dengan kenyataan Rossa baru-baru ini yang cuba mempertahankan Afgan disaat beliau seperti dihalau dari pentas ketika sedang membuat persembahan di Indonesia.
Malah Rossa turut akui Afgan ada menghubunginya bagi mendapatkan nasihat mengenai insiden tersebut. Rata – rata peminat menganggap mereka sangat ‘sweet’ seperti pasangan kekasih. Namun Rossa menganggap mereka hanya berkawan baik dan tidak lebih daripada itu.
Bakal Berkahwin
Menerusi laporan sebuah portal hiburan Indonesia awal bulan yang lalu, penyanyi yang terkenal menerusi lagu ayat – ayat cinta ini dikhabarkan bakal mendirikan rumahtangganya bersama Afgan tidak lama lagi. Ini turut dibuktikan melalui ucapan tahniah dan usikan dari rakannya, Melly Goeslow.
“Happy Bdaaaaay Dato Sri Rossa Roslaina Syahreza.Panjang umur, sukses, sehat terus, dan yg terpenting saya segera dapat ondangan dan seragam dong mbaaaaaaa.Jangan di lila lilain lg mbaaaa syalalalalalalalalala,”
Adakah benar mengenai hubungan ini? Kami di murai.my merasakan Afgan dan Rossa kelihatan begitu cocok sekali bukan? Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka!
Sumber Makassar Tribunews
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.