Hebat! Penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin telah berkongsi pelbagai berita gembira tahun ini. Bukan sahaja telah melahirkan Siti Aafiyah, malah baru-baru ini juga beliau telah menyambut ulangtahun yang ke 22 dalam industri hiburan.
Susut 14 Kilogram
Bukan itu sahaja, terkini penyanyi itu turut berkongsi berita gembira apabila berat badannya kini susut sebanyak 14 kilogram selepas 17 hari melahirkan anak perempuannya pada 19 Mac lalu. Menurut Siti, antara faktor berat badannya itu turun kerana beliau dia sering berjaga malam disamping menyusukan Aafiyah.
“Alhamdulillah, hari ini, hari ke-17 ibu dan Siti Aafiyah selepas bersalin. Ibu gembira sebab dah susut 14 kilogram (sebab berjaya dan Aafiyah kuat minum susu Ibu). Terima kasih anak ibu tolong Ibu. Alhamdulillah,”
Rata-rata peminat memuji Siti yang kini kelihatan semakin cantik dan turut mengucapkan tahniah kerana berjaya menurunkan berat badan selepas bersalin. Siti Nurhaliza melahirkan Siti Aafiyah dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta secara pembedahan.
Sewaktu dilahirkan bayi itu diberikan nama sementara Fatimah Az-Zahra sempena nama anakanda Nabi Muhammad. Kehadiran Siti Aafiyah menjadi penyeri dalam keluarga Siti dan Datuk K kerana menerusi perkahwinan terdahulu, Datuk K mempunyai tiga orang anak yang kesemuanya lelaki.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.