Belum duduk di rumah baru, penyanyi Era 70an ini telah menjadi tumpuan jiran-jirannya. Maklumlah, rasanya, Mak Cik Bawang memang ramai berpengkalan di kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Uji Rashid mengakui sudah mengetahui perkara itu dan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berdepan situasi ‘jiran kepoci’.

“Saya pernah merasai benda ini. Itulah sebabnya saya baru belajar perkataan makcik bawang. Mulanya saya tidak perasan kehadiran saya diintai oleh jiran-jiran yang tidak melepaskan peluang mengambil gambar.”

“Bagaimanapun pengurus saya, Kit Rushaimin perasan ramai yang ambil gambar dan memberitahu perkara itu kepada saya. Tapi mereka seboleh mungkin tidak mengaku sedangkan ada bunyi klik! di telefon mereka sebagai bukti mereka ada berbuat demikian. Mereka sanggup berbohong,” katanya.

Makin Popular

Populariti Uji meningkat tiba-tiba apabila kisahnya yang dibebani masalah kewangan hingga hampir diusir dari rumah sewa tular di laman sosial.

IKLAN

Uji Rashid masih menetap di kediaman yang sama, namun mengakui kelewatan membayar sewa rumah itu membuatkan dia digertak agar mengosongkan rumah berkenaan.

Menurut pengurusnya Kit juga, Uji kini terlalu malu untuk berhadapan dengan orang ramai kerana masyarakat mula memandang serong terhadap kehidupannya kini. Beliau juga semakin tertekan apabila pelbagai pihak cuba menghubunginya bagi bertanyakan hal berkenaan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry