Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

‘Zul Bukan Lelaki Sejati’- Zainol Dedah Sikap Sebenar Zul Ariffin

by Phic ARMAN
April 16, 2018
167
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, kisah percintaan pasangan ini sukar untuk dihidu oleh orang ramai. Sebelum ini mereka sering bermain tarik tali tentang status perhubungan mereka. Namun, diam-diam percintaan pelakon Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson tidak berkekalan dan berakhir dengan perpisahan.

Foto: Kosmo

Pelbagai spekulasi yang dibuat oleh peminat tentang punca sebenar mereka berpisah, murai.my difahamkan salah satu punca hubungan mereka retak disebabkan kelakuan Zahirah selfie berhampiran jenazah Allahyarham. Ibu Zul iaitu Allahyarham Robiah Nasir meninggal dunia pada 5 Disember 2017 yang lalu.

Isu ini makin tegang, apabila Zahirah menafikan kelakuannya itu menerusi komen di Instagram.

“Tak apa Tuhan ada, InsyaAllah. Apa pun motif disebalik kenyataan yang diberikan itu, saya teringin untuk melihat selfie tersebut”, kata Zahirah melalui Instagram.

Zainol Macwilson Luahkan Rasa Syukur

Susulan dari perpisahan ini, bapa Zahirah yang juga seorang pelakon veteran, Zainol Macwilson meluahkan rasa syukur kerana perhubungan anaknya berakhir jua.

“ALHAMDULILLAH, saya lega apabila Zahirah maklumkan dia sudah putus dengan Zul. Selama ini ada sebab kenapa saya tidak restu hubungan mereka,” luah pelakon veteran, 

Menurut Harian Metro, Zainol berkata sudah tiba waktu anaknya fokus kepada kerjaya dan perlu lebih berhati-hati selepas ini dalam mengenali mana-mana lelaki. Zainol berharap Zul  tidak lagi mengganggu anaknya dan jadikan perkara apa berlaku satu pengajaran.

Zul Ariffin Bukan Lelaki Sejati

Dalam kenyataan Zainol lainnya, dia sendiri mendedahkan bahawa Zul tidak menghormati orang tua. Malah perhubungan mereka berdua tidak direstui olehnya. Zainol tidak menghalang anaknya untuk berkawan, tapi bukan bercinta atau ke fasa seterusnya.

“Walaupun dia badan sado, saya tak takut. Saya hanya takut kepada Allah. Bagi saya, paling penting hormat orang tua,” katanya.

Lebih mengecewakan, Zainol menganggap Zul tidak bersikap ‘gentleman’ ketika pasangan ini bercinta.  Zul sering menggunakan Zahirah untuk bercakap dengannya.

[VIDEO] Gelagat Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Teruja Masuk 'Hotel Kapal' Raih Perhatian Ramai!

“Orang kata dia lelaki sejati. Tapi, kenapa tidak mahu menghubungi saya terus. Kenapa kena melalui Zahirah? Kalau dia tidak ada nombor telefon saya, boleh minta daripada Zahirah. Dari situ saja boleh tahu dia macam mana,” katanya.

Sebenarnya dalam percintaan atau pernikahan ini perlu ada restu dari ibubapa. Bagi murai.my redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. Ambil kisah percintaan mereka berdua sebagai pengajaran buat kita semua. Amin…

Sumber Harian Metro

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
zahirah macwilsonzainol macwilsonZulariffin
https://lomp.at/3n9ef
Share67Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem