• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Avengers: Infinity War Filem Terbaik Marvel!

by Khai Azfar
April 27, 2018
Share on Facebook

Satu lagi fenomena dunia tercipta minggu ini apabila filem hebat yang menggabungkan lebih dari 10 adiwira di dalam satu naskhah kini sedang ditayangkan serentak seluruh dunia. Malah di tanah air sendiri, hasil tinjauan murai.my pada hari pertama di seluruh pawagam tanah air kesemuanya ‘sold out’ sehingga ke tengah malam!

‘Advance Sales’ Tidak Mampu Tandingi 2 Filem

Begitu ramai yang menantikan saat filem ini ditayangkan. Sejak ditayangkan, Avengers: Infinity War sudah menempa beberapa sejarah perfileman dunia. Bukan setakat menjadi filem ‘blockbuster’ terbesar, malah menurut sumber antarabangsa, filem ini menjadi ‘the best pre-selling superhero movie of all time’ mengalahkan filem Black Panther sebelum ini.

Meskipun begitu, kutipan ‘advance sales’ filem ini masih tidak dapat mengalahkan dua filem terdahulu iaitu Star Wars: The Force Awakens dan Star Wars: The Last Jedi.

Tetapi tidak mengapa, kami percaya kutipan filem ini sudah pasti akan menduduki tangga teratas dan mungkin disebabkan itulah Marvel mengambil keputusan untuk mempercepatkan tayangan filem ini daripada jangkaan asal pada Mei kerana tayangan filem Star Wars juga dijadualkan pada bulan itu.

Avengers : Infinity War Filem Terbaik Marvel

murai.my berkesempatan untuk menonton filem terbaru Marvel ini. Nasihat kami jika anda fikir permulaan filem hanyalah seperti permulaan filem-filemn yang lain, dan mungkin juga berhajat untuk ke tandas pada mana-mana pertengahan filem ini mungkin anda perlu berfikir dua kali.

Ini kerana pada permulaan filem sehinggalah pada ‘after-post‘ Avengers: Infinity War segalanya padat dengan aksi.

YouTube video

Filem yang berdurasi hampir 2 jam 30 minit ini juga antara julung kali filem yang memaparkan aksi secara keseluruhan. Berbanding dengan filem-filem yang adiwira keluaran Marvel sebelum ini, murai.my meletakkan Avengers: Infinity War sebagai filem terbaik Marvel sepanjang sejarah keluarannya.

Barang kali mungkin kerana ini adalah kemuncak bagi segala-galanya yang mengumpulkan hampir kesemua adiwira dan beberapa pelakon asalnya seperti Chris Hemsworth dan Chris Evans juga turut meletakkan titik noktah sebagai Avengers: Infinity War filem terakhir mereka dalam francais Marvel.

Sinopsis Avengers : Infinity War

Spoiler Alert! Ingin tahu bagaimana jalan cerita Avengers: Infinty War? Nah, lupakan sahaja. Bagi menghormati produksi Marvel yang meminta peminat di seluruh dunia untuk kekal ‘diam’ tanpa mendedahkan jalan cerita filem ini, kami juga demikian.

Malah pelakon-pelakonnya juga telah menyimpan rahsia besar ini sehingga ke hari ini dan terdapat juga satu kempen di media sosial #ThanosDemandsYourSilence sebagai permintaan untuk tidak mendedahkannya

Don’t spoil the movie for others the same way you wouldn’t want it spoiled for you. Marvel Studios' @Avengers: #InfinityWar is in theaters TONIGHT. #ThanosDemandsYourSilence pic.twitter.com/zo1PPh0ywx

— Marvel Entertainment (@Marvel) April 26, 2018

Namun begitu, untuk tidak menghampakan anda, kami hanya boleh khabarkan akan ada satu watak utama yang mati seperti mana yang didedahkan pihak Marvel, perubahan fizikal dan kostum beberapa watak adiwira Avengers dan akan ada sambungan perjalanan Avengers. Selebihnya anda perlulah menonton filem ini sendiri di pawagam berhampiran.

Avengers : Infinity War Part 2 Pada 2019

Benar, filem Avengers: Infinity War 2 akan ditayangkan pada 9 Mac tahun hadapan dan anda tidak perlu menunggu 5 atau 10 tahun lagi untuk menontonnya. Ini kerana produksi filem ini sudah pun selesai menjalani penggambarannya pada awal Januari tahun ini.

Terkejut? Sebenarnya filem ini telah menjalani penggambaran sejak Ogos 2017 dan dilakukan secara ‘back-to-back’ daripada filem Avengers: Infinity War dan diikuti sambungannya.

Namun begitu, pengarahnya telah meletakkan tajuknya sebagai Avengers: Infinity War Part 2 tetapi ianya telah digugurkan serta meletakkannya sebagai ‘Untitled Avengers’ . Barangkali kita bakal melihat perubahan tajuk pada filem Avengers akan datang. Selamat menonton!

avengers : infinity war part 2avengers : infinity war reviewavengers vs x-menAvengers: Infinity Warkutipan filem avengers : infinity warsinopsis avengers : infinity war
https://lomp.at/ol8om
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
Foto - @schaalyahya (IG)
Lokal

Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

by Nurul A.
January 20, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas tampil berkongsi secara terbukanya mengenai kepentingan menjaga batas pergaulan dan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

  4. 4

    Scha Alyahya Pentingkan Batas Pergaulan, Tegas Mahu Elak Anak Terlalu Bebas

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore