Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

(VIDEO) Azwan Ali Menangis Ketika Masak Rendang

by Khai Azfar
May 3, 2018
Share on Facebook

Kita sedia maklum bahawa selebriti sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah disahkan sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) pada minggu hadapan. Diva AA bakal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa menentang 4 calon lain termasuk abangnya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Rendang Air Mata Diva AA

Baru-baru ini, Diva AA telah turun ‘padang’ dalam program pertamanya sebagai calon bebas Dun Bukit Antarabangsa. Malah dia turut memasak rendangnya yang terkenal untuk diedarkan pada penduduk dan para media yang hadir.

Namun begitu, ketika sedang memasak rendang, Diva AA secara tiba-tiba telah mengalirkan airmata dan berasa hiba mengenangkan arwah ibunya, Che Tom Yahaya yang meninggal dunia tahun lalu.

https://murai.my/wp-content/uploads/2018/05/30956987_2042620606001389_5894972124203843584_n-30956987_2042620606001389_5894972124203843584_n.mp4.mp4

“Tentunya saya sebak…Saya teringat duduk dengan arwah emak, belajar masak rendang. Saya tak tahu dari mana dia belajar tetapi rendangnya terlalu sedap. Saya bersyukur saya pandai buat…Walaupun Mak Tom sudah tak ada, tapi kenangan rendangnya tetap terpahat di jiwa mereka yang pernah menempah rendang saya,”

Janji Masak Rendang Setiap Minggu Sekiranya Menang

Malah menerusi Utusan Malaysia pula, Diva AA memberitahu sekiranya dia menang pada PRU-14 kali ini, dia berjanji akan memasak rendang pada setiap minggu selama 5 tahun berturut-turut. Katanya,biarlah perkara itu menjadi ‘trademark’ kepada dirinya untuk menyediakan masakan rendang istemewa kepada penduduk kawasan berkenaaan. Yang pastinya, PRU kali ini sememangnya sengit dan menarik. Malah ramai selebriti juga punyai kisahnya tersendiri yang berkait rapat dengan dunia politik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
azwan aliazwan ali pru 14Diva AAPRU14rendang diva aa
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara