Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

6 Lagu Pop Terbaik Dunia Yang Buat Anda Meremang!

by Khai Azfar
May 9, 2018
Share on Facebook

Apakah lagu kegemaran anda yang sering kali dimainkan di telefon bimbit mahupun peranti muzik? Dan adakah lagu tersebut pernah memenangi pelbagai anugerah? murai.my imbas kembali 6 lagu terbaik antarabangsa ini yang sememangnya digemari ramai sehingga ke hari ini.

Malah boleh dikatakan keenam-enam lagu ini bakal membuatkan bulu roma anda meremang! Untuk hayatinya, nasihat kami dapatkan fon telinga yang terbaik, dan dengarkan lagu-lagu ini dalam skala kelantangan tinggi!

Michael Jackson – Earth Song

YouTube video

Tidak dinafikan lagenda muzik ini punyai aura muziknya tersendiri. Pelbagai anugerah dan kejayaan dikecapinya menerusi pelbagai lagu milik Michael Jackson. Namun suka untuk kami fokuskan pada lagunya yang berjudul Earth Song. Punyai maksudnya yang tersirat, lagu ini telah mencetuskan fenomena nya yang tersendiri dan tahukah anda King Of Pop ini satu-satunya penyanyi yang pernah membawa kereta kebal menerusi konsertnya.

Madonna – Like A Virgin

YouTube video

Jika Michael Jackson adalah Raja Pop, Ratu Pop Dunia pula disandang oleh Madonna. Masih aktif sehingga kini, Madonna juga telah mencetuskan fenomenanya sendiri. Selain La Isla Bonita, Like A Virgin juga antara lagu pop terbaik sepanjang zaman! Buktinya, lagu ini telah tersenarai dalam sebagai “500 Songs That Shaped Rock And Roll”

Justin Timberlake – Like I Love You

YouTube video

Selepas berundur dari kumpulan NSYNC, Justin Timberlake bergerak solo dan cemerlang dalam kariernya tersendiri. Boleh dikatakan setiap lagunya mendapat sambutan yang hangat dan salah satunya yang paling diingati adalah Like I Love You dan turut diiktiraf Hollywood sebagai lagu solonya yang terbaik.

Britney Spears – Baby One More Time

YouTube video

‘Princess Of Pop’ ini juga antara penyanyi kegemaran ramai sepanjang zaman. Lagu-lagunya ketika zaman popularitinya sehingga kini dimainkan di corong radio. Malah Britney Spears pernah menembusi carta dunia dengan single Baby One More Time!

Bekas Suami Dedah Kelakuan Pelik Britney Spears- "Setiap Malam Dia Tengok Anak Tidur Sambil Pegang Pisau"

Celine Dion – My Heart Will Go On

https://youtu.be/GIWMRAoNv84

Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Celine Dion dan lagu berhantunya, My Heart Will Go On sentiasa menjadi tarikan dunia. Malah lagu tema filem Titanic ini sering kali memukau setiap penonton dan pendengar dengan gemersik suara Celine. Sebagai fakta, Celine hampir enggan menyanyikan lagu ini namun begitu siapa sangka lagu ini mendapat pengiktirafan sebagai “one of the best-selling singles of all time” dan “world’s best-selling single of 1998″.

Whitney Houston – I Will Always Love You

YouTube video

Lagu mendiang Whitney Houston ini tersenarai sebagai pilihan lagu sepanjang zaman. Sering kali dimain dan dinyanyikan penyanyi popular, I Will Always Love You sentiasa memukau sesiapa sahaja yang mendengarinya. Tahukah anda lagu ini pernah digunakan oleh Saddam Hussein sebagai lagu tema pelantikan semulanya dalam pilihanraya negara suatu ketika dahulu.

britney spearsceline dionjustin timberlakemadonnamichael jacksonwhitney houston
https://lomp.at/c773j
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  3. 3

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara