Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Nazim Othman Akui Menceraikan Bella Pada 2 Mei Lalu Di Sabah

by Ayden Mikhael
May 27, 2018
Share on Facebook

Keruntuhan mahligai bahagia pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally turut mengudang rasa sedih dan simpati daripada para peminat mereka.

Setelah khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa pasangan ini sudah bermasalah sejak beberapa bulan lalu, akhirnya perkahwinan yang baru berusia hampir dua tahun itu terlerai jua apabila kedua-dua sebulat hati setuju untuk membawa haluan masing-masing.

Nazim mengakui dia telah menceraikan Bella atau nama penuhnya Nabila Ali Dally di Mahkamah Syariah Kota Kinabalu, Sabah, pada 2 Mei lalu.

Bagaimanapun, punca perceraian mereka tidak didedahkan kepada umum dan kedua-duanya memilih untuk mengunci rapat mulut mereka.

“Saya hanya mahu meneruskan hidup, tiada apa-apa yang boleh dikongsikan. Cukuplah luahan hati yang dibuat di laman Instagram. Saya rasa itulah yang terbaik buat masa ini.

“Bukan saya tidak mahu menjawab persoalan demi persoalan, tetapi hati saya rapuh dan belum bersedia. Tunggulah saya mendapat ketenangan jiwa terlebih dulu.

“Apabila hati dan jiwa sudah tenang, mungkin saya diberikan kekuatan untuk berkongsi cerita. Saya membuat kenyataan di laman sosial hanya untuk memberitahu status kami, bukan menyebarkan cerita rumah tangga,” kata Nazim dalam laporan BH Online, hari ini.

Nazim juga memohon agar masyarakat tudak terus-menerus mencetuaskan spekulasi liar mengenai perceraiannya.

“Salah dan silap, biarlah kami simpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kami mempunyai keluarga, yang perlu dijaga hati dan perasaan mereka.

“Saya berterima kasih atas doa yang baik-baik sehingga hari ini. Saya dan bekas isteri tidak mahu ambil kisah dengan persepsi netizen. Apa yang penting, kami mahu hidup dengan tenang,” katanya lagi.

Akui Nazim, biarpun hatinya terluka dengan perpisahan ini, namun dia reda menerima ketentuan Tuhan.

“Saya dan bekas isteri reda. Jika tidak reda, keadaan tentunya menjadi semakin kusut.

“Sekarang, kami ambil masa bertenang bersama keluarga. Antara kami juga, tiada dendam yang tersemat.

“Doa saya, Bella hidup lebih gembira dan dapat mengejar cita-citanya. Mungkin saya tidak lagi berada di sisinya, tetapi saya tetap memerhatikannya dari jauh,” katanya.

Nazim dan Bella telah mengumumkan perkahwinan yang dibina pada 10 September 2016 lalu sudah berakhir melalui akaun Instagram masing-masing pada 17 Mei lalu.

Sumber : BH Online

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bella dallynazim othman
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Heidi Klum
Spotlight

Ngeri! Heidi Klum Muncul Sebagai Tangan Putus Sempena Halloween 2026

by Nurul A.
November 2, 2026

Setiap tahun, ramai yang menantikan kostum para selebriti untuk perayaan Halloween. Untuk tahun ini, supermodel Heidi Klum mencuri perhatian ramai...

Read moreDetails
Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Spotlight

5 Perkara Anda Dapat Dari NU FEST 2027, Bukan Sekadar Tengok Konsert!

by Phic ARMAN
October 13, 2026

Anda jenis sanggup beratur panjang demi tengok artis kesayangan? apa kata tahun depan kita naikkan sedikit standard pengalaman berkonsert.  NU...

Read moreDetails
Spotlight

Kagum Lihat Siti Nurhaliza Sentiasa Kuat, Nasihat Pengurus Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
November 6, 2026

Di sebalik kejayaan dan konsistensi Datuk Seri Siti Nurhaliza dalam industri seni, pastinya ada cabaran serta tekanan yang tidak diketahui...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
JENNIE
Spotlight

JENNIE Dihentam Kerana OST “Steps”, Apa Kaitannya Dengan Justin Tranter?

by Nurul A.
October 19, 2026

Ahli kumpulan BLACKPINK, JENNIE, telah dikritik selepas dilaporkan muncul dalam runut bunyi untuk filem animasi Netflix, "Steps". Apa Kaitan OST...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Meerqeen
Spotlight

[VIDEO] Pengakuan Meerqeen Kahwin Buat Ramai Terkejut- “Sumpah, Dah 2 Tahun”

by Nurul A.
October 22, 2026

Pelakon Meerqeen menjadi bualan ramai selepas membuat pengakuan mengejut mengenai status perkahwinannya. Pengakuan itu dibuat semasa menjadi tetamu dalam podcast...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Jennifer Lopez
Spotlight

Pelanduk Dua Serupa, Peminat Sangka Jennifer Lopez Jadi Pencuri Bateri

by Nurul A.
September 21, 2026

Seorang wanita yang berasal dari Minnesota, Amerika Syarikat menjadi tular selepas gambar wajahnya tersebar di media sosial. Wanita yang dikenali...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara