• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Solo : A Star Wars Story Dibayangi Indiana Jones?

by Khai Azfar
May 28, 2018
Share on Facebook

Satu lagi filem mengenai Star Wars telah pun ditayangkan bermula minggu yang lalu. Namun begitu ianya tidak lagi menceritakan mengenai peperangan keseluruhan yang terjadi di angkasa sebaliknya kali ini ianya memfokuskan mengenai watak Han Solo di dalam prekuel, Solo : A Star Wars Story.

Kurang Sambutan?

Telahan kami pada mulanya menganggap filem ini juga akan pecah panggung pada hari pertama tayangannya sama seperti filem Avengers : Infinity War terdahulu. Namun begitu sangkaan kami meleset, kerana tinjauan kami pada satu lokasi pawagam di Lembah Klang, panggung tersebut kosong!

Barangkali kerana ianya ditayangkan pada bulan Ramadan dimana ramai yang mengambi kesempatan untuk menunaikan ibadat Terawih. Bagi kami di murai.my, filem Solo adalah penamat yang terbaik untuk bulan Mei kerana boleh dikatakan semua filem yang ditayangkan pada bulan ini adalah Best Of The Best!

Watak Solo Dibayangi Indiana Jones

Filem Solo adalah prekuel mengenai Star Wars dimana ianya menceritakan detik Han Solo menjadi seorang juruterbang yang hebat dan turut mengingatkan kembali bagaimanakah peperangan di angkasa berlaku,. Seperti yang kita ketahui, watak Hans Solo sebelum ini dipegang oleh Harrisan Ford yang turut memegang watak sebagai Indi didalam filem Indiana Jones.

Walaupun filem Solo menceritakan perjuangannya ketika muda yang dipegang oleh Alden Ehrenreich namun jika sekali imbas pada hemat kami terlihat pula sisi Indiana Jones. Barangkali kebetulan ataupun kesan watak yang dipegang oleh Harrisan Ford dalam Star Wars untuk sekian lamanya.

Sebagai info tahukah anda, Aiden adalah pelakon pertama yang diujibakat untuk memegang watak Solo dan menariknya lagi dia juga dipilih dari 3000 orang pelakon yang ingin mencuba nasib di dalam filem ini. Secara keseluruhannya, peminat Star Wars jangan sesekali lepaskan peluang untuk menonton Solo kerana anda pasti teruja dengan perjalanan hidup Solo!

Sinopsis Solo

Solo menceritakan kembali perjuangan Han Solo ketika masih muda yang mencuri masuk ke dalam pasukan tentera bagi mengapai impiannya menjadi juruterbang. Ketika itu, dia turut bersama teman wanitanya, Kira namun mereka terpisah kerana Kira ditangkap oleh sekumpulan penjenayah. Solo meneruskan kembara mencapai cita-citanya dan tidak lama kemudian turut ditangkap dan ditempat bersama seekor Wookie yang berusia 196 tahun bernama Chewbacca.

Disitu persahabatan mereka bermula dan turut bersama pasukan Beckett yang ingin mencuri sesuatu demi mendapatkan sejumlah ganjaran yang begitu lumayan. Filem Solo juga menceritakan bagaimana kebanyakan semua watak penting dalam filem Star Wars bermula termasuk Darth Maul. 

Alden Ehrenreichhan soloharrisan fordreview filem solo : a star wars storysinopsis solo : a star wars storySolo: A Star Wars Story
https://lomp.at/mybmk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Gambar AI Generated
LifeXplore

[VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

by Farah Fatihah
January 31, 2026

Kalau selama ini kita hanya melihat salji di televisyen atau media sosial, kini pengalaman itu boleh dirasai sendiri tanpa perlu...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore