Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Siti Sarah Jawab Dakwaan Tiru Lagu Agnes Monica

by Phic ARMAN
June 6, 2018
Share on Facebook

Penyanyi bersuara lunak, Siti Sarah Raissuddin didakwa meniru karya artis Indonesia, Agnes Monica menerusi lagu Semakin. Sesetengah pendengar di laman Youtube mendakwa Sarah meniru lagu Agnes yang bertajuk Matahariku.

Akur ramai yang menganggap lagu terbaru dicipta khas oleh suaminya sendiri iaitu pelawak terkenal, Shuib Sepahtu mempunyai persamaan dengan corak muzik ditampilkan Agnes, Sarah tenang menghadapi tuduhan tersebut dan menjelaskan perkara sebenarnya.

“Melodi lagu itu memang tidak sama dengan mana-mana lagu Agnes, cuma saya minta susunannya dibuat ala-ala nyanyian Agnes. Ini kerana, saya meminati susunan lagu Agnes yang mempunyai banyak warna dan cabaran tersendiri,” katanya.

YouTube video

Melodi Lagu Tak Sama

Dalam penjelasannya di Harian Metro, Sarah berkata meskipun lagunya disamakan dengan lagu nyanyian Agnes, tapi dia yakin pendengar tidak dapat mengesahkan lagu nyanyian Agnes itu.

“Lagu ini mungkin terdengar seperti lagu Tanpa Kekasihmu, Matahari atau Jera kerana konsep susunannya yang memang ke arah itu. Namun secara spesifiknya melodi lagu ini tidak sama.

YouTube video

“Bagaimanapun saya bersyukur lagu ini diterima dengan baik. Alhamdulillah penantian selama tujuh tahun tidak keluarkan single akhirnya saya dapat lagu yang saya tunggu selama ini,” katanya.

Lagu terbaharunya itu dijadikan sebagai runut bunyi untuk drama Halalkan Hati Yang Ku Curi.  Apa-apapun bagi murai.my, setiap pendengar mempunyai pandangan dan cita rasa tersendiri, terutama apabila menyentuh mengenai selera serta kecenderungan terhadap muzik.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
agnes monicasemakin siti sarahsiti sarah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  2. 2

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

  3. 3

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

  4. 4

    Konsert BTS Di Kuala Lumpur: 10 Hal Penting Yang ARMY Perlu Alert

  5. 5

    Kena Sumpah? Ramai Hairan Datum Jelatek Di Keramat Kosong Walaupun Popular Sebab ‘View’ Cantik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara