Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Peminat Malas Layan? Ini Kronologi Kontroversi ‘Gimik’ Depresi Haqiem Rusli

by Khai Azfar
July 7, 2018
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan daripada sidang media tergempar Haqiem Rusli yang berlangung malam tadi, jangkaan kami itulah penamat bagi kontroversi ‘gimik’ yang hangat diperkatakan sebelum ini. Namun begitu ramai yang keliru dan tidak tahu apakah punca dan penyebab terjadinya kontroversi ini.

Kronologi Kontroversi Haqiem Rusli

Untuk itu, murai.my rangkumkan kembali susur masa dimana terjadinya kontroversi ini sehingga menyebabkan hampir satu Malaysia marah dengan penyanyi yang berusia 20 tahun ini.

5 Jun 2018 – Asfan Mengamuk Dengan Haqiem


Segalanya terjadi selepas Haqiem dikatakan telah menuduh Asfan Shah menciplak lagunya sebelum ini, Jatuh Bangun. Menerusi Instagram nya, Asfan telah meluahkan rasa kecewa dan penjelasan lanjut mengenai lagu ciptaannya, ‘Sulit’ yang dikatakan diciplak dari Haqiem.

Meskipun tidak menyatakan nama penyanyi yang dimaksudkan, jelas sudah gambaran yang diberi Asfan adalah merujuk kepada Haqiem. Walau bagaimanapun kedua-duanya sudah berdamai.

12 Jun 2018 – Haqiem Ditegur Adibah Noor


Ketika umat Islam sedang sibuk membuat persiapan raya, Haqiem mula dikecam ramai apatah lagi menerusi lagu barunya ketika itu, Jatuh Bangun yang dikatakan sebutannya seperti kurang lancar. Malah reaksi netizen itu turut mendapat perhatian penyanyi Adibah Noor.

Penyanyi yang juga bekas guru Bahasa Inggeris ini memberi sedikit teguran buat Haqiem mengenai sebutan beberapa bait lirik lagu tersebut dan bersedia untuk mengajarnya. Meskipun ditegur, Haqiem memandang positif akan reaksi dan komen daripada Adibah. Malah dia turut berasa terharu apabila mendapat teguran seumpama itu daripada penyanyi yang cukup berpengalaman.

17 Jun 2018 – Umum Mahu Berhenti Menyanyi


Selang beberapa hari, menerusi Instagram nya, Haqiem mengumumkan dia mungkin akan berhenti menyanyi disebabkan masalah depresi yang dialaminya sejak awal tahun ini. Segala gambar di media sosialnya turut dipadam. Namun, dia akan memberitahu hasratnya untuk meneruskan jadi penyanyi atau tidak pada awal bulan depan(Julai). Haqiem turut memohon maaf kepada peminatnya dan berharap mereka faham dengan pelbagai kesukaran dilaluinya kebelakangan ini.

20 Jun 2018 – Netizen Bongkar Sikap Sebenar Haqiem


Boleh dikatakan ini adalah kemuncaknya dimana muncul pula dakwaan daripada netizen yang memberitahu Haqiem sudah lama ‘buat hal’.

Tambahnya juga, sikap penyanyi itu yang sejak dari dahulu seperti berlagak, dan lupa diri antara penyebab mengapa dia tidak disukai ramai. Dalam hasil pencarian kami juga mendapat terdapat satu pendedahan mengenai Haqiem dan salah sebuah produksi.

21 Jun 2018 – Ismail Izzani Punca Haqiem Alami Depresi?


Penyanyi Ismail Izzani juga terpalit dengan isu ini apabila dia dikecam hebat netizen di Twitter dengan menuduh dia sebagai punca mengapa Haqiem berada dalam tekanan. Spekulasi bermula apabila Ismail memuat naik beberapa status di Twitter seperti ditujukan buat Haqiem.

Namun begitu, Ismail menjelaskan hubungan dia dan Haqiem kini berada dalam baik dan mengharapkan rakannya itu menyuruh peminat-peminatnya bertenang dan tidak membuat tuduhan yang melulu.

22 Jun – 2 Julai 2018 – Rakan -Rakan Artis Beri Semangat


Begitu ramai yang menyayangi Haqiem! Melihatkan pada kontroversi itu, ramai peminat memberi kata-kata semangat buat Haqiem dan turut merayu agar tidak membuat keputusan yang terburu-buru.

Malah, selebriti terkenal seperti Neelofa, Ella, As’ad Motawh turut sempat menasihati serta memberi semangat buatnya kerana percaya dia mempunyai sokongan yang kuat daripada peminat-peminatnya.

3 Julai 2018 – Umum Tidak Jadi Berhenti Menyanyi


Menerusi laman sosialnya, Haqiem memuat naik sebuah kenyataan dimana dia ingin memohon maaf atas kejadian yang lalu serta membuat keputusan untuk terus menyanyi. Keputusan itu dibuat Haqiem selepas memikirkan sokongan yang diberikan padanya malah berjanji akan terus memperbaiki diri.

Pada sebelah malamnya pula, Haqiem serta Wany Hasrita, Ernie Zakri dan Ara Johari dijemput ke sebuah stesen radio swasta bagi membincangkan topik depresi Haqiem. Walau bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak tahu apakah tujuan dijemput dan pada mulanya hanya fikir untuk mempromosikan single terbaru mereka.

4 Julai 2018 – 3 Penyanyi Mengamuk, Rakyat Malaysia Anggap Haqiem Penipu


Ketika segmen di stesen radio itu berlangsung, jelas kelihatan riak wajah ketiga-tiga penyanyi ini seperti tidak faham dengan intipati tersebut malah turut meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka menerusi laman sosial masing-masing. Melihatkan pada situasi tersebut, rakan-rakan artis yang lain seperti Syamel dan Wani Kayrie turut menyatakan bahawa situasi seumpama itu tidak seharusnya terjadi. Malah rakyat Malaysia turut menganggap haqiem sebagai seorang penipu dan depresi yang dialami hanyalah sebuah gimik.

4 Julai 2018 – Sufi Dakwa Haqiem Curi Lagu


Dalam hari yang sama juga begitu ramai yang kecewa dengan Haqiem. Lebih mengejutkan, penyanyi Sufi Rashid telah memuat suntingan video lagu terbaru Haqiem Rusli, Selamat Tinggal Sayang dimana menurut Sufi lagu itu adalah ciptaannya dan Haqiem tidak mendapat keizinan apatah lagi meletakkan nama Sufi sebagai salah seorang pecipta lagu itu.

5 Julai 2018 – Sidang Media Tergempar


Malam tadi telah berlangsungnya sebuah sidang media khas membabitkan tiga orang penyanyi iaitu Haqiem Rusli, Ernie Zakri serta Wany Hasrita. Ketiga-tiga mereka merupakan artis yang bernaung di bawah FMC Music dan tujuan sidang media itu diadakan adalah berhubung penjelasan lanjut mengenai kontroversi gimik Haqiem yang tular baru-baru ini.

Dalam sidang media itu, Haqiem kelihatan begitu sebak dan mengaku depresi yang dialaminya adalah benar. Malah dia turut memohon maaf kepada rakan-rakannya serta rakyat Malaysia dan meminta agar diberikan peluang kedua.

6 Julai 2018 – Jumpa Pakar Psikiatri


Berdasarkan kenyataan yang diberi Haqiem dalam sidang media itu, pada 6 Julai dia berjanji akan berjumpa dengan pakar psikiatri berhubung kemurungan yang dialaminya.

haqiem ruslihaqiem rusli berhenti menyanyihaqiem rusli menangis
https://lomp.at/81lna
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Fara Salleh Kesal Shuk Sahar Culas Tanggungjawab Sebagai Suami & Bapa!-“Hanya Tabur Sperma Kau Je Dan Blah..”

by Naddy Joe
July 9, 2025

Isteri kepada pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh akhirnya mengumumkan bahawa dia selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 26 Jun...

Read more
Gossip

Naim Daniel Hadir Ke Mahkamah Atas Pertuduhan Kes Amang Seksual, Cetus ‘Kritikan’ Netizen!-“Takde Perasaan Malu Ke?…”

Nama penyanyi dan Naim Daniel menjadi bualan netizen selepas dilihat tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya, pagi tadi atas pertuduhan kes...

Read more
by Naddy Joe
June 17, 2025
Gossip

[VIDEO] Che Ta Kongsi Keadaan Aisyah Dhia Rana, Netizen Terpegun!- “Tidur Pun Cantik…”

Perkongsian pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas merakamkan gelagat...

Read more
by Naddy Joe
June 9, 2025
Gossip

[VIDEO] Naim Daniel Bercakap Tentang Prinsip Hidup, Peminat Kongsi Video Lama

Sebuah video lama melibatkan penyanyi dan pelakon Naim Daniel kembali menjadi tumpuan di TikTok, selepas dikongsikan oleh pengguna @lucynani. Meskipun...

Read more
by Phic ARMAN
June 8, 2025
Gossip

Nazeera Sardi Didakwa Menjadi Penyondol Rumah Tangga Netizen?-“Up Konon Single Tapi..”

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon dan usahawan Nazeera Sardi menjadi bualan ramai selepas seorang netizen mendakwa pelakon ini telah...

Read more
by Naddy Joe
June 6, 2025
Gossip

[VIDEO] Zaki Yamani ‘Tak Keruan’ Lihat Gelagat Bella Astillah & Syed Saddiq, Netizen Terhibur!-“Tak Respect Orang Single..”

Perkongsian anak lelaki kepada penyanyi terkenal Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani yang juga penyanyi itu mencuri perhatian netizen selepas berkongsi...

Read more
by Naddy Joe
June 5, 2025
Gossip

Muntazar Ghufran & Bella Dowanna Bersuara Isu ‘Statement’ Saidah Kamarudin-“Ada Sebab Kenapa Allah Jauhkan…”

Pelakon Bella Dowanna tampil bersuara selepas rakan karibnya, Muntazar Ghufran dikritik bekas tunangnya yang juga pelakon mendakwa Muntazar hanya mempunyai...

Read more
by Naddy Joe
June 4, 2025
Gossip

Dress & Gaun Pengantin Jaclyn Victor Buat Netizen Terpegun!-“Jac Bukan Muslim, Tapi Sangat Sopan…”

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Penampilan Sabronzo DOLLA Dengan Jersi MU, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Patut Kalah…”

Salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Sabronzo mengundang pelbagai reaksi selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang menari single...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Gossip

[VIDEO] Fattah Amin Buat Trend Tiktok Dengan Irfan Haris, Curi Perhatian Netizen!-“Habis La Mira…”

Aktor, Fattah Amin mencetuskan rasa terhibur netizen selepas dilihat memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya bersama adik kepada penyanyi, Amira...

Read more
by Naddy Joe
May 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem