Pelakon serta usahawan Fizo Omar dan isterinya, Mawar Karim telah mengadakan majlis Aqiqah buat puteri sulung mereka, Wan Maryam, semalam.
Dalam majlis yang diadakan secara sederhana itu, Fizo bersama isteri dan anaknya telah mengenakan baju sedondon iaitu berwarna putih. Maryam dilahirkan pada 29 Disember 2017 secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizul Wan Omar berkahwin dengan Mawar pada 10 November 2013. Selepas empat tahun menanti, akhirnya impian mereka untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas Mawar menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dalam rahim.
Berikut adalah gambar-gambar mereka sekeluarga sepanjang majlis aqiqah semalam.
murai.my mendoakan agar pasangan ini berbahagia bersama puteri sulung mereka dan dapat mendidikan puteri sulung dengan sebaik yang mungkin serta menjadi ibubapa contoh kepada peminat-peminat mereka, in shaa Allah.
Sumber : Instagram Fizo & Mawar
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.