Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Menghampiri Usia 50 Tahun, 10 Foto Nor Albaniah Ini Masih Seperti Remaja

by Phic ARMAN
August 16, 2018
382
KONGSIAN
Share on Facebook

Meski usianya yang sudah mengampiri usia 50 tahun, Nor Albaniah selalu berpenampilan seperti seorang gadis muda. Walaupun usianya tak muda lagi, ramai yang tak menyangka usianya sudah menghampiri setengah abad ini masih terlihat bertenaga dan mempesona.

Pernah Menyandang Gelaran Ratu Taiping 1988

Pelakon yang terkenal melalui filem Adik ini berasal dari Ulu Kinta, Perak. Sebelum menjadi pelakon, Albaniah pernah menyandang gelaran Ratu Taiping 1988 ketika berusia 19 tahun.

Filem Pertama iaitu Kolej 56

Tidak lama selepas itu, dalam tahun yang sama, Nor Albaniah telah mendapat peluang untuk berlakon filem pertamanya iaitu Kolej 56 arahan Ahmad Fauzee. Filem Kolej 56 yang ditayangkan pada 1989 menampilkan lakonan Nor Albaniah dalam watak tambahan sebagai Tengku Noraini.

Miss Malaysia-Universe

Pada 1989 juga Nor Albaniah telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Miss Malaysia-Universe, di mana dia merupakan satu-satunya peserta akhir berbangsa Melayu.

Tidak Dapat Hadir Pada Hari Pertandingan

Menurut satu laporan dari Blog bernama ArkibNegara, nasib tidak menyebelahi Nor Albaniah apabila dia tidak dapat hadir pada hari pertandingan itu kerana gangguan kesihatan iaitu mengalami sakit mata.

Imej seksi

Melalui filem ketiganya, Adik (1990), barulah Nor Albaniah diberi peluang untuk melakonkan watak utama, di mana dia juga mula ditonjolkan dalam imej seksi. Poster gambarnya di tepi kolam renang dalam majalah URTV pada waktu itu turut meningkatkan lagi popularitinya.

Terlibat Dengan Kemalangan

10 Jun, 1996 kekal menjadi tarikh penting dalam kehidupan Albaniah, kerana pada hari berkenaan, dia bukan sekadar terlibat dalam kemalangan, malah pada masa yang masa dia turut bergelar ibu tunggal serta merta selepas suaminya Sudarman Daud maut dalam kemalangan tersebut.

Pernah Jaga Jodoh Orang, Amira Othman Mengaku Dirinya Seorang Yang Setia

Muncul Dalam Drama ‘Dia Anak Jeneral’

Perkembangan terbaru Albaniah, peminat boleh menyaksikan lakonannya dalam drama bersiri terbaharu disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Dia Anak Jeneral” pada pukul 7.00 malam di saluran TV Okey (Astro 109).

View this post on Instagram

A post shared by NORALBANIAH (@noralbaniah)

Menampilkan lakonan mantap Niena Baharun, Fattah Amin, Aida Khalida, Datuk Tarmimi Siregar, dan Fatimah Azzahra, siri adaptasi novel tulisan Hezzy Azra.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
Aida KhalidaDatuk Tarmimi Siregardia anak jeneralfattah aminniena baharunnor albaniah
https://lomp.at/z5jrg
Share153Tweet96SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem