• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

20 Tahun Usia Kuch Kuch Hota Hai! Kini 4 Pelakonnya Sekaya Ini

by Phic ARMAN
August 27, 2018
Share on Facebook

Masih ingatkah anda dengan filem Bollywood legenda Kuch Kuch Hota Hai yang pernah mencetuskan fenomena di tahun 1998? Filem itu ternyata bukan setakat berjaya di Malaysia, tapi juga beberapa negara lain di dunia.

YouTube video

Kejayaan filem tersebut membuatkan nama kesemua pelakon melonjak menjadi popular. Selain terkenal, mereka juga berhasil mengumpul kekayaan diluar jangkaan.

Nak tahu berapa hasil kekayaan dimiliki para pemain filem Kuch Kuch Hota Hai? Berikut empat di antaranya.

Rani Mukherjee

View this post on Instagram

A post shared by ? Rani Mukherjee Chopra ?? (@ranimukherjeefp)

Watak Tina Malhotra yang dimainkan oleh artis cantik Rani Mukherjee ini sememangnya tak begitu menonjol dalam Kuch Kuch Hota Hai. Walaubagaimanapun peranannya tetap diingati ramai orang.

Rani mula terjun ke dunia hiburan sejak tahun 1996 dengan berlakon di filem Raja Ki Aayegi Baraat. Sejak saat itu namanya perlahan-lahan menjadi popular. Hingga kini aktres berusia 40 tahun ini sudah membintangi hampir 50 judul filem.

Ibu kepada seorang anak ini juga berjaya memenangi banyak penghargaan, salah satunya adalah Aktres Terbaik untuk filem Black pada tahun 2006.

Kejayaan yang diraih oleh Rani membuatkan dia hidup bergelumang dengan harta. Menurut celebritynetworth, kekayaan Rani mencapai US$ 12 juta atau sekitar RM 48 Juta.

Kajol

Artis cantik Kajol juga berjaya mengumpul kekayaan dari kejayaannya membintangi banyak filem. Seperti yang dilaporkan dari celebritynetworth, Kajol memiliki jumlah kekayaan mencapai US$ 16 juta atau sekitar RM64 Juta.

Isteri kepada aktor Ajay Devgan ini sudah membintangi lebih dari 30 judul filem sejak tahun 1992, salah satunya Kuch Kuch Hota Hai.  Dalam filem ini dia memegang watak sebagai Anjali Sharma.

Selain meraih kekayaan dalam dunia lakonan, Kajol juga memiliki syarikat produksi sendiri bernama Devgan Entertainment and Software Ltd.

Salman Khan

Aktor Salman Khan memainkan watak sebagai Aman Mehra yang merupakan tunangan Anjali di filem Kuch Kuch Hota Hai.

Kariernya di dunia hiburan sangat membanggakan malah dia namanya berada dalam senarai aktor Bollywood dengan bayaran tertinggi.

Aktor yang sudah terjun ke dunia hiburan sejak tahun 1988 ini memiliki hasil kekayaan mencapai US$ 260 juta atau sekitar RM1 Billion, seperti yang dilaporkan oleh celebritynetworth.

Shahrukh Khan

Siapa yang tak kenal dengan Raja Bollywood, Shahrukh Khan? Kariernya di dunia hiburan tak perlu diragukan lagi.

Pelakon utama dalam filem Kuch Kuch Hota Hai sebagai Rahul Khanna ini, dikatakan memiliki jumlah kekayaan mencapai US$ 600 juta atau sekitar RM2.4 Billion.

Tak cuma mendapatkan wang dari dunia hiburan sahaja, bapa kepada tiga orang anak ini juga memiliki syarikat perniagaan, mulai dari properti, produksi, hingga menjadi pelabur berbagai perniagaan. Tak hairan kalau Shahrukh Khan memiliki kekayaan sebanyak ini.

Jadi, siapa di antara mereka yang menjadi inspirasi anda?

Beri Amaran Supaya Tak Bekerjasama Dengan Kajol, Ini Yang SRK Beritahu Aamir Khan- "Dia Sangat..."
kajolKuch Kuch Hota Hairani mukerjisalman khanShahrukh Khan
https://lomp.at/xa6sm
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @dyavol.x (IG)
Bollywood

Peminat Panik Selepas Shah Rukh Khan Mahu ‘Berehat’ Dari Dunia Lakonan

by Nurul A.
January 30, 2026

MURAI yakin peminat Bollywood di luar sana panik selepas dengar khabar angin ini! King of Bollywood, Shah Rukh Khan dilaporkan...

Read moreDetails
Bollywood

VIDEO Wajah Terkini Aktres Bollywood Buat Ramai Terdiam, Rani Mukerji Paling Mengejutkan

by Phic ARMAN
January 26, 2026

Sebuah video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @bollywood_deo baru-baru ini menarik perhatian peminat Bollywood apabila memaparkan wajah terkini pelakon...

Read moreDetails
Bollywood

7 Artis Bollywood Ini Diajak ‘Buat Seks’ Dengan Produser, Demi Watak Besar Dalam Filem

by Zaidin Albert
February 11, 2020

Bukan mudah nak jadi popular sebaris dengan artis-artis terkenal Bollywood terutamanya untuk artis wanita. Setiap orang perlu melalui pengalaman-pengalaman sukar...

Read moreDetails
Foto - @gaurikhan (IG)
Bollywood

Jika Bukan Hindu Atau Islam, Apa Agama Anak-Anak Shah Rukh Khan?- Ini Penjelasannya…

by Nurul A.
November 3, 2025

Semua sedia maklum bahawa agama Shah Rukh Khan bukan lagi rahsia. King of Bollywood itu beragama Islam, manakala isterinya, Gauri...

Read moreDetails
Bollywood

5 Skandal Seks Artis Bollywood Yang Menggemparkan Industri

by Zaidin Albert
October 12, 2018

Pada zaman era 2020 ini, internet telah menjadi sesuatu yang wajib untuk setiap manusia yang ada dalam dunia ini. Seperti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore