Siapa sahaja yang tidak mengenali Aretha Franklin , Ratu Soul Amerika Syarikat. Industri hiburan antarabangsa minggu lalu berkabung dengan berita sedih apabila Aretha dilaporkan meninggal dunia setelah sekian lama penyanyi terkenal itu bertarung dengan penyakit barah pankreas.

5 Perihal Pelik Disebalik Kematian Aretha Franklin

Seperti kematian Raja Pop Michael Jackson, pemergian mendiang Aretha cukup dirasai peminat-peminatnya. Malah terdapat beberapa fakta pelik dan menarik disebalik kematian dan upacara persemadian Aretha. murai.my rangkumkan 5 perihal pelik ini untuk bacaan anda!

5. Buah Dada Ariana Grande Diraba

Benar! Seperti laporan kami yang lalu, paderi yang menguruskan majlis pengembumian Aretha menjadi mejadi bualan hangat apabila dia dikatakan seakan cuba menyentuh payu dara penyanyi, Ariana Grande.

IKLAN

Penyanyi terkenal itu yang menyampaikan lagu ‘A Natural Woman’ turut kelihatan tidak selesa dengan kejadian tersebut. Biskop Charles H. Ellis III bagaimanapun memohon maaf kerana tidak sedar akan tindakannya ‘terlebih mesra’ pada majlis itu.

4. Disemadikan Dalam Keranda Emas

Barangkali mungkin kerana ingin mengenang jasa dan penglibatan penyanyi itu, sebuah majlis penghormatan telah diadakan dan dihadiri oleh ramai kenamaan. Bukan itu sahaja, jasad penyanyi itu telah disemadikan di dalam sebuah keranda bersalut emas 24 karat!

3. Topi Cicely Tyson

Menjadi perhatian sepanjang majlis itu, penyanyi Cicely Tyson tampil memperagakan gaun hitam sebagai tanda berkabung dan penghormatan. Namun bukan kerana gaun itu tetapi topi nya yang begitu besar menjadi topik bualan. Persis menghadiri acara fesyen nampaknya!

2. Lebih Dari 100 Cadillac Merah Jambu Mengiringi Aretha

Seperti memenuhi impian penyanyi ini di dalam lagunya, Freeway of Love, lebih dari 100 kereta mewah Cadillac berwarna merah jambu telah mengiringi pemergian Aretha. Di dalam lagu tersebut, Aretha telah menyebut mengenai memandu kereta Cadillac berwarna merah jambu.

“We goin’ ridin’ on the freeway of love
In my pink Cadillac..”

1. Persalinan Terakhir Aretha

Difahamkan, mendiang Aretha telah berganti persalinan terakhirnya sebanyak 2 kali termasuklah sepasang pakaian gaun merah dan kasut bertumit tinggi berwarna merah. Berdasarkan gambar yang tular, kelihatan kaki penyanyi itu turut bersilang seperti sedang menggayakan gayanya yang terakhir untuk tatapan peminat dan kenalan.

IKLAN