Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Trending #1: Faizal Tahir Perjelaskan Mengapa Pilih Nabila Huda Untuk ‘Ragaman’

by Phic ARMAN
October 2, 2018
Share on Facebook

Setelah mengejutkan peminatnya dengan single terbaru ‘Ragaman’ yang menampilkan sajian muzik berbeza sehingga menjadi bahan bualan ramai di media sosial, kini Faizal Tahir muncul dengan video muzik rasmi ‘Ragaman’ pula yang menjadi tular sehingga trending #1 di laman Youtube Malaysia.

1 Juta Tontonan Dalam Masa 72 Jam

https://www.instagram.com/p/BoOmom7hVOa/?taken-by=faizal_tahir

Video muzik yang baru dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir pada 27 September yang lalu, sudah mencecah hampir 1 juta tontonan dalam tempoh 72 jam.

Video muzik rasmi arahan Azhar Ismail ini turut menampilkan pelakon wanita popular, Nabila Huda Suhaimi yang pernah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-28.

Pemilihan Nabila untuk bergandingan dengannya dalam video muzik ini adalah atas permintaan Faizal sendiri. Faizal menyifatkan Nabila mempunyai perwatakan yang sesuai untuk membawakan watak isterinya dalam video muzik ini turut berkata

“Saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk memegang watak ini. Nabila merupakan pilihan terbaik”.

Ternyata pertaruhan Faizal ini berjaya apabila ramai peminat turut menyifatkan pemilihan Nabila dalam video muzik ini sebagai sangat tepat kerana mempunyai raut wajah klasik dan daya penariknya yang tersendiri.

Mengulas tentang pengalaman digandingkan dengan pelakon berbakat yang juga anak kepada ikon rock Amy Search ini, Faizal berkata,

“Pada mulanya saya rasa gementar kerana Nabila seorang pelakon yang hebat. Tetapi lama kelamaan keserasian kami makin terserlah. Hasil kerja Nabila memang sangat mengagumkan! Saya amat berterima kasih kepada Nabila kerana sudi menerima tawaran untuk berlakon dalam video muzik ini. Walaupun pernah mendapat banyak tawaran sebelum ini, Nabila belum pernah lagi terlibat dalam mana-mana video muzik. Saya terharu kerana Nabila memilih ‘Ragaman’ untuk menjadi video muzik pertama lakonannya”.

Bukan itu sahaja, video muzik ini turut menampilkan anak-anak perempuan Faizal sendiri yang juga pemilik suara kanak-kanak yang muncul di bahagian intro dan outro dalam lagu ‘Ragaman’.

[VIDEO] Gelagat Nabila Huda Peluk Sajat, Curi Perhatian Ramai!-"Dia Menangis Dapat Jumpa Kawan-Kawan"

Menampilkan anak-anaknya

Ini merupakan kali kedua Faizal menampilkan anak-anaknya dalam video muzik selepas video muzik ‘Sayang’. Faizal berkata,

“Saya sentiasa cari peluang yang baik untuk anak-anak saya turut terlibat dengan kerja saya. Saya mahu mereka berasa mereka membantu dalam kerja saya. Membimbing dan mengawal anak kecil untuk lakukan kerja macam ini bukan suatu tugas yang mudah dan memang kena banyak bersabar sebab mereka banyak ragam. Sesuailah dengan lagu ‘Ragaman’. Tetapi saya suka bekerja dengan anak-anak saya. Ia membuatkan kami lebih rapat sebagai satu keluarga”.

Walaupun karya Faizal ini menceritakan tentang kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam, namun Faizal menafikan bahawa ‘Ragaman’ adalah berdasarkan kisah rumahtangganya sendiri.

Sebaliknya, ia merupakan cetusan imaginasinya yang mendapat idea dari kisah realiti rumahtangga yang pernah disampaikan kepadanya. Dalam masa yang sama Faizal turut mengambil inspirasi kisah yang digambarkan dalam filem-filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Mengulas tentang mesej yang cuba disampaikan menerusi lagu ‘Ragaman’ dan juga video muzik ‘Ragaman’, Faizal berkata,

“Mesejnya mudah tetapi sering dilupakan. Walau banyak mana atau macam mana pun ragam atau kerenah pasangan kita, kita harus banyak bersabar, belajar memahami dan bertolak ansur. Kalau kita dah berjanji untuk sehidup semati, memang kena beri sehabis baik dan sedaya upaya untuk menunaikan janji itu”.

‘Ragaman’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. ‘Ragaman’ boleh didapati dikesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 24 OGOS 2018. Manakala video muzik rasmi sudah boleh ditonton di saluran Youtube Faizal Tahir sejak 27 SEPTEMBER 2018.

Sajat Titip Ucapan Buat Nabila Huda, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen?
faizal tahirnabila hudaragamanWarner Music Malaysia
https://lomp.at/9z3jb
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara