Jika sudah ditakdirkan tiada jodoh, apa pun yang dihadapi penghujungnya pasti meninggalkan kesan. Mungkin situasi itulah yang boleh digambarkan buat penyanyi Selena Gomez dan bekas kekasihnya, Justin Bieber.

Justin Bieber Sah Berkahwin

Sebelum ini media antarabangsa berteka-teki mengenai hubungan Bieber dengan seorang model berusia 21 tahun, Hailey Baldwin. Bermula dengan hubungan intim sehinggalah dilaporkan sudah berkahwin secara tertutup, akhirnya sumber terdekat memberitahu penyanyi ini telah berkahwin pada September lalu. Terdahulu, Bieber dikhabarkan kembali menjalin hubungan cinta dengan Selena selepas beberapa kali putus namun hubungan tersebut berakhir pada Mac lalu kononnya kerana halangan ibu Selena.

IKLAN

Selena Terima Rawatan Psikiatri

Dalam perkembangan lain, Selena dilaporkan mengalami masalah kemurungan dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat psikiatri bagi memulihkan semangatnya. Segala-galanya kerana impak dari berita Bieber sudah berkahwin dan penyanyi ini seolah-olah tidak dapat menerima hakikat tersebut. Ini bukanlah kali pertama Selena menerima rawatan kerana pada 2016 dia telah ditempatkan di pusat rawatan selama 90 hari juga kerana kemurungan.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry