Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Gol & Gincu Vol.2 Wajib Masuk Senarai Mesti Tonton!

by Khai Azfar
October 19, 2018
Share on Facebook

Kami percaya filem atau siri Gol & Gincu sudah punyai peminatnya tersendiri sejak tahun 2005 lagi dan turut mencetuskan fenomena. Kini selepas 13 tahun, Gol & Gincu kembali dengan siri keduanya dengan menampilkan muka-muka baru dan turut membuat comeback adalah beberapa orang pelakonnya terdahulu.

Jalan Cerita Yang ‘Hidup’

Sebelum menonton filem ini, pada mulanya kami cuba untuk tidak letakkan filem ini sebagai filem ‘biasa-biasa’ sahaja memandangkan pada namanya sendiri tidaklah sebegitu menyakinkan. Akan tetapi hanya selepas 10 minit pertama, kami seperti sudah jatuh cinta dengan Gol & Gincu Vol 2 dan mula fokus sehingga ke penghujung jalan ceritanya.

Tidak dinafikan filem ini benar-benar membuatkan penonton terpukau memandangkan pelakon-pelakonnya berjaya membawa watak dengan baik. Malah garapan setiap watak yang saling berkait serta lagu-lagu yang dimainkan begitu serasi. Bagi kami agak tidak keterlaluan untuk kami samakan filem ini seperti High School Musical yang berjaya mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Tahniah buat seluruh produksi!

Bukan Sekual Dan Prekual

Perlu diingatkan bagi filem kedua Gol & Gincu ini ianya bukanlah sekual mahupun prekual filem terdahulu. Sebaliknya ianya adalah reboot filem yang berpadanan dengan era kini. Akan tetapi kami agak sedikit ralat kerana slot tajaan filem ini agak terlalu banyak dan sekali gus mencacatkan sikit jalan ceritanya. Suka untuk kami katakan filem Gol & Gincu Vol.2 membawa satu lagi penanda aras buat industri perfileman negara. Selain Hantu Kak Limah, Paskal, One Two Jaga dan Munafik 2, filem terbitan Umi Salwana Omar ini antara 5 filem terbaik tempatan pada tahun ini!

Sinopsis Gol & Gincu 2

Zakiah (Zak) dan Zakiah (Yaya) adalah dua pelajar universiti yang sama nama namun mempunyai personaliti yang jauh berbeza. Akibat tercetusnya pergaduhan di khalayak ramai kedua-dua gadis telah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak pengurusan universiti untuk melakukan kerja-kerja amal sebagai teladan kepada pelajar-pelajar lain.

Zak dan Yaya telah memilih untuk melakukan kerja amal di rumah remaja bermasalah yang dikendalikan oleh Jijie. Sangkaan mereka meleset setelah menyedari bahawa kerja amal bukanlah mudah. Mampukah mereka ketepikan sikap prejudis mereka dan membantu Jijie dan gadis-gadis remaja tersebut atau adakah kehadiran mereka hanya memburukkan keadaan?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
gol & gincu 2Review Gol & Gincu 2Sinopsis Gol & Gincu 2
https://lomp.at/mqv92
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem