Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Doa Siti Sarah Dimakbulkan Di Mekah Setelah Penantian Berbelas Tahun?

by Ayden Mikhael
November 25, 2018
Share on Facebook

Penyanyi, Siti Sarah Raissuddin yang kini masih berada di Tanah Suci, Mekah yang sedang menunaikan ibadah Umrah dan menerusi laman Instagramnya telah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih apabila lagu nyanyiannya, ‘Semakin’ berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33). 

Ini merupakan penyertaan pertama Sarah ke pentas besar terbabit setelah lebih 16 tahun terlibat dalam dunia seni. Sebelum ini, Sarah sering menyertai pentas Separuh Akhir Muzik Muzik tetapi lagu-lagu nyanyiannya gagal ke pentas AJL.

Siti Sarah juga meluahkan rasa berterima kasih menerusi sebuah posting terbaru di laman Instagram miliknya.

“Assalamualaikum.. Saya dan suami masih di tanah haram Mekah.. Saya baru mendapat berita di mana dengan izin Allah, lagu SEMAKIN mara ke Juara Lagu 33.

“Dengan rendah hati saya ingin berterima kasih kepada semua yang mengundi SEMAKIN hingga ke semi final dan juri yang memilih lagu SEMAKIN ke peringkat akhir Juara Lagu.

“Alhamdulillah… Setelah beberapa belas tahun akhirnya penantian saya dimakbulkan ALLAH.. Syukur Syukur Syukur Ya Allah.. Terima kasih MERA UTAMA @shuibsepahtu @muzikmuzik_33 @indigitalmusic,” tulis Siti Sarah.

Lagu ‘Semakin’ merupakan ciptaan sepenuhnya oleh suami Siti Sarah, pelawak Shuib Sepahtu yang menggunakan nama pena ‘Mera Utama’. murai.my mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah kerana mara ke peringkat akhir dan semoga Siti Sarah sekeluarga mendapat umrah yang mabrur, in shaa Allah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Shuib Sepahtusiti sarah
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Spotlight

Syamim Farid Tanya Cara Istiqamah Solat Awal Waktu, Ramai Peminat Kongsi Tips!

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Menjaga solat pada awal waktu mungkin nampak mudah, tetapi hakikatnya ramai antara kita masih bergelut untuk melakukannya secara konsisten, lebih-lebih...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Brooklyn Beckham
Spotlight

Bukan Dipuji, Malah Dikritik! Ini Sebabnya Netizen ‘Hentam’ Masakan Brooklyn Beckham

by Nurul A.
October 15, 2026

Anak sulung David Beckham dan Victoria Beckham, Brooklyn Beckham, sekali lagi menjadi sasaran warganet selepas berkongsi masakannya di media sosial....

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Drama China Romantik, The Early Spring
Spotlight

3 Drama China Romantik Untuk Kamu Yang Tak Move On Dengan “The Early Spring”

by Nurul A.
September 18, 2026

Baru sahaja habis ditayangkan, "The Early Spring" menjadi salah satu drama China romantik yang popular di Netflix ketika ini. Menampilkan...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Ed Sheeran
Spotlight

Sepupu Label Ed Sheeran “Bukan Orang Baik” Gara-Gara Singkir Macklemore

by Nurul A.
September 22, 2026

Nampaknya krisis Jelajah Loop Ed Sheeran secara rasminya telah menjadi urusan 'terbesar' keluarga penyanyi itu. Ketika dia sedang menghadapi kritikan...

Read moreDetails
Spotlight

Iman Fandi Lancar EP Afterglow, Kisah Belajar Melepaskan Demi Bahagia

by Phic ARMAN
October 16, 2026

Dalam hidup, ada masanya kita perlu melepaskan sesuatu yang disayangi demi kebahagiaan sendiri. Bukan mudah, tetapi itulah antara mesej yang...

Read moreDetails
Spotlight

Baru 5 Minit, Tinggal 11 Tiket! Apa Hebat Sangat Puteri Gunung Ledang The Musical?

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kalau anda fikir fenomena Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL) sudah reda, nampaknya anda silap! Sambutan terhadap muzikal ikonik ini...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara