Wednesday, April 24, 2024

Lantang Bersuara! 6 Ayat Power Nabila Huda Ini Pernah Gegarkan Dunia Hiburan

38
KONGSIAN

Media sosial adalah satu bentuk komunikasi penting dalam dunia era global pada masa kini. Kini sudah menjadi keutamaan bagi masyarakat kita dan hampir pasti, setiap orang akan memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media itu.

Di kalangan selebriti juga, mereka berhak menyuarakan pendapat mereka tentang isu semasa ataupun rasa tidak tidak puas hati kerana suara mereka itu diluahkan bertujuan untuk kesedaran orang ramai. Apatah lagi mereka mempunyai jumlah pengikut yang ramai.

Seperti pelakon berbakat, Nabila Huda atau lebih mesra dipanggil Abil memanfaatkan akaun media sosialnya untuk meluahkan pendapat dan isi hati kepada jutaan pengikutnya. Selain berkongsi aktiviti seharian bersama teman-teman dan keluarga, Abil juga lantang bersuara mengenai isu-isu sensitif di laman twitter mahupun Instagram.

Berikut kami rangkumkan beberapa isu yang diluahkan oleh Abil di media sosial sehinggakan ia mendapat liputan luas media.

‘Kau Tu Yang Sebenarnya Akhir Zaman’- Abil ‘Sound’ Peminat

Tindakan berani bersuara Abil sememangnya patut dicontohi untuk menyedarkan pembuli siber yang semakin menjadi-jadi di media sosial.

Pada tahun lalu, Abil  pernah mendapat teguran yang mendakwa dia berpakaian menjolok mata umpama hidup di dunia akhir zaman. Gambar seksi itu diambil ketika malam Anugerah Meletop Era 2018 (AME2018).

Bengang dengan teguran tersebut, Abil meminta indvidu tersebut berhenti bermain sosial media dan mengintai dirinya di laman sosial jika sudah tahu dunia akhir zaman.

‘Aku Rasa Kau dah Boleh Buka Tudung Dah!’- Luahan Rasa Kesal Terhadap Ibu Tiri

Pernah satu ketika dahulu, Abil tampil membuka pekung di dada menerusi IG storiesnya, Kali ini tindakannya cukup berani kerana ia membabitkan ahli keluarganya sendiri. Mungkin agak sensitif untuk membicarakan hal dalam kain di media soaial. Namun, Abil mengambil tindakan berani ini kerana tidak tahan dengan sikap ibu tirinya sehingga hubungan dengan bapanya, Amy search renggang.

Jika dilihat pada luahan isi hatinya ini, sememangnya Abil mempunyai masalah yang sangat besar bersama ibu tirinya sehingga tidak boleh lagi mengawal perasaan berangnya terhadap wanita itu.

“Potong Je Penis Perogol Tu”- Abil Geram Dengan Kes Rogol

Mengenai isu semasa, Abil tidak ketinggalan untuk menyuarakan pendapatnya kepada orang ramai.  Suara lantangnya boleh membuka mata semua orang tentang isu-isu yang membimbangkan.

Abil meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati terhadap perogol kanak-kanak serta mempersoalkan hukuman yang disabitkan kepada mereka yang disifatkan sebagai tidak setimpal. Luahan yang dibuat menerusi laman Twitter itu juga turut menyelitkan rasa sedih terhadap masa depan mangsa yang dilihatnya tidak berbela.

‘Sumpah rasa nak cepuk je bosskur bosskur’ – Abil Rasa Rimas

Seterusnya, Abil muncul dengan isu berkaitan hal politik dalam negara. Ketika rata-rata netizen sibuk meluahkan rasa kebencian terhadap kerajaan baru dan Perdana Menteri Malaysia, Abil tampik dengan tweet ini;

Selain itu, Abil  hairan dengan fenomena yang melanda netizen masa kini berhubung penggunaan ‘bossku’. Menerusi entri di Instagram Stories, Nabila rimas dengan penggunaan ayat tersebut.

“Boleh tak stop cakap bossku bossku! Malu apa bossku. Tak fahamlah amende tu. Benci gila la! Bila masa pulak aku jadi boss? Bila masa pulak aku malu? Annoying lah. Macam orang cakap “retis”!,Sumpah rasa nak cepuk je bosskur bosskur. Kg.com sangat! Love!,” tulisnya.

“Ikan Gurami Tu Boleh Terbang Ke Meja Lepas Bayar Ke?” Abil Jawab Aduan Pelanggan

Kali ini Abil membalas Tweet dari salah seorang pelanggan warung milik suaminya,  Waroeng Isabella. Pelanggan tersebut memuat naik tweet yang menyatakan kekecewaannya terhadap menu yang dipesan dari premis milik pelakon Nabila Huda.
Menurut pelanggan tersebut, makanan dipesannya itu adalah hambar dan dia terpaksa menunggu selama dua jam untuk pesanannya disiapkan. Tanpa menunggu masa yang lama, Abil menjawab aduan itu dengan jujur.

“Tidak perlu minta maaf pada semua orang” – Abil Bela Nasib Rakan Artis

Terbaru, Abil telah bersuara tentang nasib artis tempatan dan kata-katanya ini telah mendapat sokongan ramai orang termasuk di kalangan selebriti.

Sedar akan isu media sosial yang semakin menjerat artis-artis tempatan, Abil menasihati rakan-rakan artis supaya berhenti berkongsi tentang kehidupan peribadi mereka dalam media sosial.

Abil akui sebagai manusia biasa, golongan selebriti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan bukan sesuatu keperluan golongan artis berhenti memohon maaf kepada netizen andai melakukan kesilapan.

HANGAT.com sangat memuji dengan sikap berani Abil dalam menyuarakan perkara yang benar. Jika tidak, memang mudahlah kena buli dengan golongan netizen yang tiada akal berkata-kata.

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI