• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Selain Captain Marvel, Ini Senarai Filem Wajib Tonton Untuk Mac 2019!

by Khai Azfar
March 5, 2019
Share on Facebook

Bulan Mac dan April antara yang ditunggu-tunggu buat ramai peminat, manakan tidak dalam dua bulan ini pelbagai filem menarik dan dikategorikan sebagai mega akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.

Senarai Filem Terbaik Mac 2019 

Ini termasuklah filem-filem daripada Marvel dan DC yang akan menghiasi buat pertama kalinya di layar perak iaitu Captain Marvel dan Shazam! Untuk Mac, Captain Marvel terlebih dahulu ditayangkan membuatkan kemunculanya ditunggu-tunggu ramai. Selain itu, berikut adalah filem-filem yang akan ditayangkan sepanjang Mac ini.

Captain Marvel

Tarikh Tayangan : 6 Mac
Genre : Aksi/Fantasi
Durasi : 2 Jam 4 Minit
Pelakon : Brie Larson, Samuel L. Jackson, Ben Mendelsohn, Djimon Hounsou, Lee Pace, Lashana Lynch

YouTube video

Sinopsis : Carol Danvers adalah juruterbang askar United States Air Force. Dalam satu kemalangan, DNA telah bercampur dengan makhluk asing sekaligus memperlihatkan dia mempunyai kebolehan luar biasa yang menjadikannya sebagai Captain Marvel.

Reside

Tarikh Tayangan : 7 Mac
Genre : Seram
Durasi : 1 Jam 44 Minit
Pelakon : Ananda Everingham, Ja Natthaweeranuch, Ploy Sornarin

YouTube video

Sinopsis : Reside, sebuah filem seram dari Thailand mengisahkan mengenai 6 individu berkumpul di dalam sebuah rumah agam usang diketuai oleh seorang ‘ibu’. Mereka telah menjalankan upcara ritual ke atas satu mayat yang tidak diketahui sehingga menyebabkan semangat yang lain turut kembali dan merasuk tubuh badan salah seorang individu tersebut. Buntu untuk mencari penyelesaian, mereka harus mencari akarnya untuk kembali seperti biasa.

Milly & Mamet

Tarikh Tayangan : 7 Mac
Genre : Komedi / Romantik
Durasi : 1 Jam 40 minit
Pelakon : Sissy Prescillia, Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Julie Estelle

YouTube video

Sinopsis : ‘Spinoff’ filem “Ada Apa dengan Cinta 2” yang fokus pada pasangan suami isteri Milly dan Mamet. Milly terpaksa berhenti kerja sebagai seorang pegawai bank dan menjadi suri rumah sepenuh masa manakala Mamet terpaksa melupakan niatnya untuk menjadi seorang chef kerana terpaksa bekerja di kilang bapa mertuanya. Suatu hari, Mamet terserempak dengan bekas rakan sekerjanya, Alexandra yang memberitahunya bahawa dia mempunyai pelabur untuk membuka restoran sekaligus akan memenuhi impiannya. Namun Mamet masih dalam dilema sama ada terus bekerja di kilang ataupun memenuhi impiannya di sebuah restoran.

Captive State

Tarikh Tayangan : 14 Mac
Genre : Sains Fiksyen / Thriller
Durasi : –
Pelakon : John Goodman, Vera Farmiga, Ashton Sanders

YouTube video

Sinopsis : Filem yang memaparkan keadaan Chicago sedekad selepas pemerintahan kuasa luar. Konflik yang timbul antara pihak kerajaan dan pembangkang membuatkan keadaan semakin gawat.

Bikers Kental

Tarikh Tayangan : 14 Mac
Genre : Komedi/aksi
Durasi : 1 Jam 30 minit
Pelakon : Zizan Razak, Afdlin Shauki, Awie, Amerul Affendi, Bront Palarae

YouTube video

Sinopsis : Dimulakan dengan Pornthaliwat yang baru sahaja dibebaskan dari penjara dan disambut oleh Al Buqerk. Pornthaliwat bertanya mengenai Bidin tetapi sehingga sekarang, Al Buqerk masih tidak berjaya menjejaki Bidin. Mereka diculik oleh Khunna, ketua mereka. Khunna meminta wangnya dikembalikan dan menembak mati Pornthaliwat untuk mengugut Al Buqerk.

Pee Nak

Tarikh Tayangan : 14 Mac
Genre : Komedi / seram
Durasi : 1 Jam 49 minit
Pelakon : Vachiravit Paisarnkulwong, Bhuripat Vejvongsatechavat, Witthawat Rattanaboonbaramee, Atiwat Saengtien, Jannine Parawie Weigel, Chinawut Indracusin

YouTube video

Sinopsis : Sesiapa yang berhajat ingin menjadi sami di sebuah kuil lama dikatakan akan terkena sumpahan. Mereka akan mati dirasuk semangat roh Pee Nak sebelum sebati dalam diri mereka.

Bisikan Iblis

Tarikh Tayangan : 21 Mac
Genre : Seram
Durasi : 1 Jam 28 minit
Pelakon : Amanda Manappo, Rebecca Klopper, Zoe Abbas Jackson

YouTube video

Sinopsis : Setiap tahun di sekolah perempuan, akan ada satu kematian misteri terjadi. Di situ , terdapat seorang pelajar perempuan bernama Nany yang berkawan baik dengan Shila namun bermusuh dengan Hilda dan Violet. Nany mempunyai pengalaman yang menyedihkan dimana dia menyaksikan ibunya membunuh diri kerana satu lembaga yang bernama iblis hitam.

Wonder Park

Tarikh Tayangan : 21 Mac
Genre : Animasi / Fantasi
Durasi : –
Pelakon : Brianna Denski, Matthew Broderick, Jennifer Garner, Kenan Thompson, Ken Jeong, Mila Kunis

YouTube video

Sinopsis : June merupakan seorang gadis yang optimistik dan berimaginasi tinggi. Suatu hari dia terjumpa dengan sebuah taman permainan magis yang penuh dengan keajaiban termasuklah haiwan yang boleh bercakap. June sedar bahawa taman itu wujud dari imaginasi nya dan hanya dia mampu menyelamatkannya.

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal

Tarikh Tayangan : 21 Mac
Genre : Family/ Animasi/ Fantasi
Durasi : –
Pelakon : Asyiela Putri, Ahmad Mawardi, Mohd Amir Asyraf, Ernie Zakri

YouTube video

Sinopsis : Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih dan Pak Belalang. Istimewanya lagi, filem ini mempunyai dua OST ysng dinyanyikan oleh Ernie Zakri dan Fakrul Razi.

Us

Tarikh Tayangan : 21 Mac
Genre : Thriller
Durasi : –
Pelakon : Lupita Nyong’o, Winston Duke, Elisabeth Moss, Yahya Abdul-Mateen II, Tim Heidecker

YouTube video

Sinopsis : Sebuah keluarga kecil berhasrat untuk menghabiskan hari mereka bersama rakan-rakan di sebuah pantai. Namun begitu, mereka terserempak dengan seorang lelaki yang berlumuran darah. Pada malam itu, rumah mereka dimasuki oleh empat orang lelaki yang turut mengalami nasib yang sama

filem terbaik 2019
https://lomp.at/aralu
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

by Aphit J.
November 2, 2025

RTM terus membuktikan komitmennya dalam mempersembahkan karya yang bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang....

Read more
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Filem

‘Smile to Life’ – Drama Tentang Cinta dan Perjuangan Hidup Yang Buat Ramai Tersentuh!

Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  3. 3

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore