Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Tiket Avengers: EndGame Habis Dijual Hanya Dalam Beberapa Jam!

by Khai Azfar
April 3, 2019
Share on Facebook

Malam tadi (Selasa) rata-rata pawagam utama di tanah air telah mengumumkan penjualan tiket filem paling besar tahun ini, Avengers : EndGame selepas sekian lama peminat ternanti-nanti akan tarikh jualannya. Lebih mencetuskan fenomena, Malaysia merupakan antara negara terawal yang akan menayangkan filem ini pada 24 April berbanding Amerika Syarikat dan beberapa negara lain yang akan memulakan tayangan pada 26 April.

Habis Dijual Dalam Beberapa Jam

Sejurus itu, saat pengumuman tersebut dibuat, hasil carian kami pada pawagam-pawagam seperti MBO, TGV dan GSC Cinemas rata-rata tiket filem ini pada hari pertama ditayangkan telah habis dijual! Malah kebanyakan pawagam tiket-tiket tersebut turut ‘full house’ hanya dalam beberapa jam sahaja sebaik diumumkan.

Namun begitu, seperti tahun sebelum ini, kebanyakkannya juga akan membuka beberapa ‘hall’ memandangkan filem ini diklasifikasikan sebagai ‘box-office’. Tambahan pula, carian ini hanya meliputi pada hari pertama tayangan dibuka. Sumber terbaharu menyatakan bahawa tiket jualan awal filem secara keseluruhannya  telah memecah rekod antarabangsa sebagai “first 24 hours” record  dalam masa enam jam.

Durasi Avengers : EndGame Diumumkan 

Dalam perkembangan lain, selain dari trailer terbaharu telah dipertontonkan, durasi EndGame turut diumumkan.

View this post on Instagram

A post shared by Marvel Entertainment (@marvel)

Menepati ramalan sebelum ini, pihak Marvel telah mengesahkan bahawa siri Avengers kali ini berdurasi selama 3 Jam 2 minit sekaligus menyaksikan Avengers : EndGame merupakan filem paling lama pernah ditayangkan dalam sejarah perfileman Marvel. Untuk anda yang bakal menyaksikan filem ini dalam masa beberapa minggu sahaja lagi, pastikan anda ‘bersiap sedia’ dahulu sebelum memasuki pawagam kerana kami pasti anda tidak akan mahu melepaskan setiap saat babak di dalam filem ini. Avengers Assemble! 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Avengers : End Game
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara