Tak sambung belajar, tak bermaksud kita kurang cerdik dan tak boleh berjaya ya! Mungkin ramai yang tak tahu bahawa ada beberapa aktres Bollywood yang tidak dapat menyelesaikan pendidikan di sekolah, apalagi pendidikan tinggi atas sebab tertentu.

Deretan aktres Bollywood ini telah berjaya menambat hati peminatnya dengan bakat lakonan mereka yang luar biasa, tetapi memang benar bahawa mereka tidak memiliki Ijazah mahupun sijil pendidikan yang tinggi. Malah ada yang tidak ke sekolah seperti orang lain.

Tapi lihat saja bagaimana pencapaian mereka sekarang, hebat bukan?

IKLAN

Seperti yang dilaporkan oleh dailyhunt, ini dia selebriti Bollywood yang tak habis belajar kerana mengejar karier.

1Alia Bhatt

Alia Bhatt adalah salah satu-satunya aktres muda Bollywood yang paling berjaya dan berbakat. Dia masuk dalam industri filem setelah tamat persekolahannya.

Setelah filem Student Of The Year mendapat kejayaan yang besar, dia menjadi sangat sibuk dan tidak punya waktu untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

2Kareena Kapoor

Kareena Kapoor tamat persekolahannya di Dehradun’s Welham Girls School dan Jamnabai Narsee School Mumbai. Seterusnya, dia belajar dalam bidang perdagangan selama 2 tahun di Mithibai College di Mumbai tetapi tidak menyelesaikan pengajiannya dan mendaftar di Government Law College untuk mengambil Ijazah Perundangan.

Namun, Kareena telah meninggalkan pengajiannnya selepas setahun dan akhirnya memutuskan untuk berhenti pengajian demi karier di Bollywood.

3Deepika Padukone

Mungkin ramai yang terkejut jika mengetahui bahwa Deepika Padukone sebenarnya belum menghabiskan pengajiannya. Selepas belajar di Sophia High School Bangalore dan Mount Carmel, dia mendaftar di Universiti Terbuka Nasional Indira Gandhi (IGNOU) untuk jurusan sosiologi.

Namun, isteri Ranveer Singh ini tidak dapat menyelesaikan pengajiannya dan berhenti di tengah jalan untuk kariernya yang bersinar di Bollywood.

IKLAN

4Katrina Kaif

Katrina Kaif sebenarnya tidak pernah belajar di sekolah dan memilih homeschooling kerana keluarganya selalu berpindah-randah. Bercakap tentang kariernya, dia mula menjadi model ketika dia baru berusia 14 tahun.

5Aishwarya Rai

Aishwarya Rai mendapat gelaran Miss World pada tahun 1994 dan tak lama selepas itu, dia terus memasuki dunia perfileman. Difahamkan Aishwarya Rai seorang pelajar yang cemerlang dan mendapatkan keputusan yang bagus di kelas 12, dia masuk ke akademi seni bina. Malangnya, isteri Abhishek Bachchan ini berhenti belajar demi kerjayanya di bidang modelling.

6Karisma Kapoor

Karisma Kapoor adalah salah satu aktres paling popular dan paling berjaya di zaman kegemilangannya. Dia memasuki dunia Bollywood ketika dia baru berusia 16 tahun.

Khabarnya kakak kepada Kareena Kapoor ini berhenti sekolah di kelas 6 kerana mengejar karier di industri filem.

7Priyanka Chopra

Bintang antarabangsa ini menamatkan persekolahan di Bareilly Army Public School dan kemudian mendaftar di Mumbai Jai Hind College. Namun, setelah memenangi pertandingan Miss World pada tahun 2000, Priyanka Chopra berhenti belajar dan fokus pada karier lakonan dan kini menjadi isteri kepada Nick Jonas.