Siapa sangka, filem Crossroad : One Two Jaga yang menang besar dalam Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) baru-baru ini meneruskan kejayaan mereka menerusi Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA).
Raih Dua Anugerah Utama
Berlangsung di Kuching semalam, One Two Jaga melakar kenangan manis dalam AIFFA apabila pengarahnya, Nam Ron telah diiktiraf sebagai Pengarah Terbaik. Mengikuti kejayaan itu, Amerul Affendi telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki terbaik sekaligus menyaksikan One Two Jaga memperoleh dua kemenangan dalam AIFFA 2019.
Nam Ron Harapkan Doa
Biarpun tidak dapat turut serta dalam anugerah itu, Nam Ron menerusi laman Instagram nya mengucapkan terima kasih buat AIFFA kerana memilih dirinya sebagai pemenang selain turut mengucapkan tahniah buat seluruh produksi filem itu.
Menurut Nam Ron, kejayaan tersebut tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha semua pihak filem itu malah turut mengharapkan doa dari para peminat supaya dia dapat menghasilkan karya yang lebih baik kelak. Tahniah Nam Ron, Amerul dan seluruh warga produksi One Two Jaga!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.