Kini di China, ‘Drone Pilot’ telah di iktiraf sebagai satu pekerjaan rasmi dan lebih daripada 19,000 senarai ‘pilot’ telah berada di seluruh negara. Nampaknya pekerjaan sebagai pemandu drone ini semakin mendapat tempat di pasaran dan permintaan bagi pekerjaan ini juga tinggi.
China menganggarkan bahawa menjelang tahun 2020, perkhidmatan drone ini akan berkembang di china dan bakal mengaut keuntungan lebih daripada US$2 billion! Tambahan lagi penggunaan drone kini telah melebar secara meluas di pelbagai industri daripada sektor agrikultur sehinggalah ke sektor hiburan!
Dan dengan pengembangan jurusan pekerjaan ‘drone pilot’ ini, pastinya akan lebih banyak cabang pekerjaan akan wijud di masa akan datang dengan penggunaan drone ini.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.