Penyanyi Pasya atau nama sebenarnya Faizul Ashraf Fauzi akui kejayaan yang dicapai oleh rakan seperjuangan Megat memberikan inspirasi kepadanya. Pasya berkata, tidak wujud sedikit pun rasa dengki mahu pun iri hati sebaliknya berasa bangga dengan sahabatnya itu.
“Saya dan Megat memang rapat, saya rasa sangat berbangga dengan pencapaian Megat. Dalam dunia seni ini, kita tak tahu rezeki kita di mana. Taklah, saya tidak cemburu, dia memberikan saya inspirasi untuk tidak putus asa dan bekerja dengan lebih kuat.” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Warner Music bersama kanak-kanak dari RUmah Kasih Sayang di Hotel Royal Kuala Lumpur.
Dalam Mentor 7 tahun lalu, Pasya dan Megat yang merupakan protege kepada Mentor Aizat Amdan. Namun rezeki tidak memihak kepada Megat kerana dia disingkirkan lebih awal dalam program realiti itu.
Walaupun tersingkir awal, namun nama Megat atau nama sebenarnya Megat Adzuan Mazlan semakin dikenali menerusi lagu duetnya bersama Amylea Azizan berjudul Tetap Kamu dan trending selepas menjadi OST untuk drama sensasi Nur 2.
Pasya, pelantun lagu ‘Rhapsody Jalanan’ ini kini di bawah naungan Warner Music Malaysia ini baru baru saja muncul dalam single khas Hari Raya Aidilfitiri “Seloka Hari Raya” yang menampilkan barisan artis di bawah naungan label WMM.
Antara penyanyi lain yang terlibat adalah, Andi Bernadee, Yasin Sulaiman, Kucaimars , Amir Hasan, Ajak Shiro, Alyah, Ezlynn, Bunga, Layla Sania, Kaka Azraff dan Awi Rafael.
Single ” Seloka Hari Raya” boleh didapati ke semua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKbox, Deezer, Joox, dan juga Apple Music bermula 17 Mei 2019. Manakala video muzik “Seloka Hari Raya” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia bermula 20 Mei 2019.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.