5 Koleksi Motor Mewah Bradley Cooper, Nombor 3 Zizan Razak Pun Ada!

221

Siapa yang tak kenal dengan Bradley Cooper? Aktor Amerika Syarikat sentiasa berjaya dengan setiap watak yang diperanankan dalam filem yang dibintanginya dan hal ini membuatkan dirinya sentiasa diburu oleh media. Bukan setakat kerana pencapaiannya, tetapi hobi yang digemarinya.

Baru-baru ini jejaka berusia 44 tahun ini tengah digosipkan bercinta dengan Lady Gaga yang juga berlakon dalam filem A Star Is Born.  Ketampanan serta kharismanya yang luar biasa sering membuat ramai wanita jatuh hati ditambah pula dengan koleksi motosikal berkuasa tinggi yang dimilikinya.

Berikut beberapa koleksi motor Bradley Cooper yang mengisi garaj rumahnya::

IKLAN

1KTM RC8 1190

Memetik dari Hot Cars, di urutan pertama ada jenama motor yang berasal dari Austria iaitu KTM. Model yang dimiliki oleh Bradley Cooper ini adalah RC8 1190 yang mempunya enjin berkapasiti 1,200cc dan mampu menghasilkan kekuatan 173 kuasa kuda. Kalajuan maksima yang boleh ditempuh sekitar 271 kilometer per jam.

Di pasaran harga motor ini boleh mencecah RM160,000.

2BMW HP4

Masih dari kelas motor litar, Bradley Cooper memilih jenama yang berasal dari Jerman iaitu BMW. Enjinnya sebesar 1,000cc yang boleh mencapai kekuatan 193 kuasa kuda. Kelajuannya yang boleh diraihnya sampai 330 kilometer per jam. Sebuah BMW HP4 boleh mencapai harga USD$ 78,000 atau sekitar RM 323,115.

Sumber : upscalehype.co

3Ducati 1199 Panigale

Bradley Cooper juga memilik sebuah motor Ducati 1199 Panigale. Ducati 1199 Panigale sendiri memiliki enjin sebesar 1,200cc yang mampu menghasilkan kekuatan 195 kuasa kuda. Kelajuan maksima yang boleh ditempuh sampai 285 kilometer per jam.

Kalau di Malaysia, motor ini juga dimiliki oleh pelakon dan pelawan Zizan Razak. Beberapa kali Zizan dilihat memuatnaik gambar dia dan motor kesayangannya ini di media sosial.

Untuk satu unit motor ini sendiri berharga sekitar RM160,888 hingga RM209,999.

Sumber: bikeindia.in

IKLAN

4Triumph Thruxton

Selain itu, Bradley Cooper juga ternyata peminat motor rekaan klasik. Salah satu yang menjadi koleksinya adalah Triumph Thruxton.

Walaupun bentuknya bukan seperti motor perlumbaan di litar tetapi enjin yang dimilikinya hampir sama dengan motor KTM dan Ducati yakni sebesar 1,200cc. Kekuatan yang mampu disalurkan cuma sampai 112 kuasa kuda. Motor ini boleh mencapai harga sebesar RM 82,000.

Sumber : www.bennetts.co.uk

5Vespa Scooter

Motor terakhir yang menjadi koleksii Bradley Cooper adalah Vespa Scooter. Jenama bertahun-tahun lamanya yang berasa dari Italy ini sememangnya mempunyai peminat yang ramai dari seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Enjin yang dimiliki oleh Vespa Scooter tak terlalu besar hanya sekitar 125cc hingga 250cc untuk model tertentu. Diantara yang lainnya motor ini terbilang paling murah kerana harganya bermula RM12,000.

Sumber: www.hotcars.com

Nah itulah koleksi motor Bradley Cooper yang ada di garaj rumahnya. Ternyata ada berbagai jenis motor yang disukai olehnya. Yang mana satu kegemaran anda?