Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

[GIVEAWAY] 4 Fakta Menarik Kim Jae Hwan & Tiket ‘Bertemu Peminat’ Untuk Dimenangi

by Phic ARMAN
July 23, 2019
Share on Facebook

Tak lama lagi, peminat K-Pop di Malaysia akan  menyambut kedatangan bekas anggota boyband Wanna One, Kim Jae Hwan secara solo bertemu peminatnya. Jejaka yang merupakan vokalis utama dari Wanna One ini dijadualkan mengadakan fan meeting bertajuk ‘Min:D’ di Stadium Malawati Shah Alam, pada Sabtu 27 Julai ini.

Sebelum menyambut kedatangan Kim Jae Hwan, HangatMalaysia ingin membawa anda untuk mengenal lebih jauh jejaka kacak ini. Selain fakta bahawa dia memiliki suara yang merdu dan powerful, berikut 4 fakta menarik mengenai Kim Jae Hwan.

Pandai Bermain Muzik

YouTube video

Selain mempunyai suara yang merdu, Kim Jae Hwan ini juga mahir dalam bermain gitar. Dia sering mempamerkan bakat ini dalam berbagai kesempatan.

Dia pernah membuat persembahan yang memukau dengan menyanyi diiringi petikan gitar, ketika muncul di pentas survival show ‘Produce 101 Season 2’ dengan membawakan lagu Adele berjudul ‘Skyfall’ menjadi versi akustik.

Selain gitar, dia juga pandai bermain piano dan flute. Kemampuannya pernah ditunjukan ketika mucul dalam acara variety show ‘Weekly Idol’ bersama dengan anggota kumpulan Wanna One yang lain.

Menyertai Pertandingan Realiti TV Pencarian Bakat

YouTube video

Ternyata sebelum berada di ‘Produce 101 Season 2‘, Kim Jae Hwan pernah dikenali menerusi sebuah rancangan pertandingan mencari bakat ‘Korea’s Got Talent Season 2‘ pada tahun 2012 lalu. Ketika audisi ‘Korea’s Got Talent’, dia mencuri perhatian penonton dan seluruh juri dengan petikan gitar yang memukau.

Bahkan Kim Jae Hwan pun, sempat mendapat julukan ‘Pretty Boy’s Guitar’. Namun malangnya dia telah disingkirkan di babak semifinal pertandingan tersebut. Gagal menjadi juara di ‘Korea’s Got Talent’ tidak membuatnya patah semangat, empat tahun kemudiaa dia pun mencuba nasib kembali melalui pertandingan ‘Vocal War: God’s Voice’.

Tampil dengan membawakan lagu ‘Autumn in Front of The Post Office’ milik penyanyi Yoon Do Hyun, Kim Jae Hwan berjaya menjadi juara. Tak sampai disitu sebagai pemenang ‘Vocal War: God’s Voice’, Kim Jae Hwan terus mencuba mengikuti survival show yang ditayangkan stesyen TV M-Net ‘Produce 101 Season 2’ yang ditayang pada 2017 dengan menjadi salah satu trainee individual.

Memilih Bergerak Solo

YouTube video

Dengan pembubaran Wanna One,  tidak menjadi alasan Kim Jae Hwan mengakhiri karier . Lima bulan selepas itu, Kim Jae Hwan akhirnya kembali dengan debutnya sebagai penyanyi solo.

Menerusi lagu ‘Begin Again’ yang dirilis pada 20 Mei lalu, di bawah naungan Swing Entertainment. Lagunya itu dirilis bersama-sama dengan mini album bertajuk ‘Another’. Dalam album tersebut, beliau juga merilis beberapa lagu seperti ‘Love You Still’, ‘My Star’, ‘Blow Me’, ‘Designer’, dan ‘Lala (Melodrama)’.

Debut pertamanya ini dilihat sangat berjaya kerana dia mendapat beberapa trofi penghargaan setelah meraih posisi teratas dari acara musik TV Korea Selatan.

Bagaimana? adakah semua peminat Kim Jae Hwan sudah bersedia untuk bertemu dan bertentangan mata dengan Kim Jae Hwan di fan meeting pertama nya di Malaysia sebagai solo?

Rakam video paling kreatif!

Kami tahu anda peminat fanatik Kim Jae Hwan, jadi rakam video kreatif menyanyikan salah satu lagu HITS Kim Jae Hwan dan kongsikan di media sosial anda.

Yang penting sekali, anda kenalah mention @hangatmalaysia dan sertakan sekali hashtag #KimJaeHwaninmalaysia, #Kim Jae Hwan #macpiepro dan #hangatmalaysia dalam caption anda tu.

Kemudian kami pilih pemenang yang bertuah untuk memenangi tiket konsert Yellow Zone yang bernilai RM382. Tunggu apa lagi? Kami akan umumkan nama pemenang di Instagram Hangat Malaysia! Cepat sahut cabaran ini!

https://lomp.at/8zr2w
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
Foto - @junmu_ (IG) / @jin (IG)
Korea

“Kembar Terpisah?”- Bintang ‘Dynamite Kiss’ Pasang Impian Bertemu BTS Jin

by Nurul A.
December 29, 2025

Aktor Korea Selatan, Kim Mu Jun vbaru-baru ini menjadi tular selepas penonton drama Korea 'Dynamite Kiss' mendakwa wajahnya mirip ahli...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore