Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Konsert ‘Westlife In KL’ Penuh Kejutan!

by Khai Azfar
August 9, 2019
Share on Facebook

Perlu diakui, kumpulan Westlife banyak memberi bayangan kerinduan zaman kanak-kanak dan juga remaja terutama buat mereka yang bergelar golongan “The 90’s”! Sejak 1998 hingga kini Westlife yang dianggotai oleh Nicky Byrne, 40, Shane Filan, 40, Kian Egan, 39 dan Mark Feehily, 39 membuktikan keunggulan mereka dengan kembali di Malaysia selama dua hari berturut-turut menerusi Westlife The Twenty Tour 2019 : Live In Malaysia. Malah Westlife sendiri akui, Malaysia mempunyai tempat di hati mereka sekaligus menyaksikan negara ini merupakan antara siri jelajah paling lama di Asia dilawati kumpulan dari Ireland ini.

14,000 Peminat Banjiri Stadium Malawati Shah Alam 

Semalam dan juga hari ini (8 dan 9 Ogos), seramai 14 ribu orang peminat kumpulan Westlife membanjiri Stadium Malawati, Shah Alam bagi menyaksikan sendiri konsert ini dan kami antara mereka yang bertuah! Terima kasih kepada Macpie Pro atas tiket dan layanan mesra yang diberikan kepada para media yang bertugas. Perlu diakui segala-galanya tersusun rapi dari permulaan sehinggalah ke pengakhiran konsert.

Dalam konsert kali ini, tepat jam 8.30 malam Westlife membuka tirai dengan persembahan lagu Hello My Love yang dihiasi dengan lampu LED wajah setiap ahli kumpulan ini. Tidak membuang masa, Westlife terus menghiburkan peminat dengan variasi lagu-lagu hits mereka sepanjang zaman seperti “Swear It Again” , “What About Now”, “My Love”, “When You’re Looking Like That”, “Uptown Girl” dan banyak lagi.

Terselit Medley Khas 

Seperti yang kita ketahui, Westlife mempunyai banyak lagu hits sepanjang zaman. Bagi tidak menghampakan peminat-peminat, menerusi slot medley setiap daripada mereka cuba untuk ‘tackle’ peminat Kuala Lumpur dengan beberapa versi acoustic lagu hits terdahulu seperti No No, Bop Bop Baby dan beberapa lagu yang menjadi siulan anak muda.

Namun begitu, kami agak kecewa sedikit dengan sambutan peminat disini yang dilihat seperti kurang ‘kick’ biarpun ianya adalah sebuah konsert. Come on guys!

Masih Berbisa 

Namun begitu, di usia penyanyi-penyanyi ini menjengah ke usia 40-an mereka masih lincah menari dan vokal sudah semestinya semakin berbisa! Menjengah pada penghujung konsert pula, Westlife membuat gimik tersendiri dengan mengucapkan selamat tinggal lebih awal pada peminat sebelum kembali dengan lagu yang terakhir, Flying Without Wing.

Sama seperti video klip lagu ini, setiap daripada mereka memakai sepasang pakaian berwarna putih sekaligus mengimbau kembali memori tahun 1999. Perlu diakui, biarpun tidak puas dengan konsert ini namun kerinduan ternyata terubat sekaligus membuatkan kami senaraikan antara konsert terbaik pada tahun ini!

Konsert Westlife Kuala Lumpurmacpie prowestlifeWestlife The Twenty Tour 2019Westlife The Twenty Tour 2019 : Live In Malaysia
https://lomp.at/bzma4
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Indonesia

Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

by Naddy Joe
February 4, 2026

Penyanyi terkenal Indonesia, Raisa bakal mengubat rindu peminat di malaysia dengan konsert jelajah terbaharunya, Raisa Ambivert Tour. Persembahan yang amat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore