Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

6 Pawagam Tanah Air Ini Punyai Rekod Pencapaian Tersendiri!

by Khai Azfar
August 17, 2019
Opening of Bona Cinemas in Malaysia at SkyAvenue, Resorts World Genting.Picture by - Ham AbuBakar

Opening of Bona Cinemas in Malaysia at SkyAvenue, Resorts World Genting.Picture by - Ham AbuBakar

Share on Facebook

Menonton di pawagam semestinya jauh lebih jelas dan terkesan berbanding kaca televisyen malah itu juga merupakan satu-satunya cara untuk menonton filem terkini.

6 Pawagam Tanah Air Dengan Rekod Pencapaian Tersendiri

Sejak beberapa tahun dahulu, pelbagai jenis pawagam ataupun panggung wayang telah direka dengan fungsinya tersendiri. Namakan sahaja seperti skrin gergasi, pawagam yang mampu memberi kesan 4D, dilengkapi selimut dan bantal semuanya sudah tersedia. Yang anda hanya perlu lakukan,sediakan wang dan pilih jenis pawagam kesukaan anda.

Mengenai pawagam di Malaysia, sebenarnya terdapat beberapa pawagam yang mempunyai rekod pencapaiannya tersendiri malah ada yang telah mencipta rekod dunia. Berikut kami senaraikan pawagam-pawagam yang mempunyai rekod pencapaiannya.

Screen X Pertama Di Malaysia – GSC One Utama, Petaling Jaya

Buat pertama kalinya di Malaysia, GSC telah memperkenalkan Screen X di pawagam mereka yang terletak di GSC One Utama.Dikatakan Screen X akan menggunakan 5 projektor untuk dipancarkan ke skrin layar termasuk di kedua-dua belah ‘dinding’ pawagam. Dengan pancaran tersebut, penonton sekaligus berpeluang untuk menonton filem kegemaran mereka secara 270 darjah yang jauh lebih puas!

Skrin LED Samsung Onyx Terbesar Di Dunia – TGV i-City, Shah Alam

Pada April lalu, TGV telah melancarkan pawagam Samsung ONYX di Central i-City, Shah Alam yang mana ianya merupakan pawagam yang menggunakan skrin LED terbesar di dunia. Dengan paparan filem 4K LED, anda bukan sahaja data melihat visual dengan lebih jelas malah kerusinya juga boleh dilaras seperti sedang berbaring diatas katil.

Pawagam RGB Pure Laser Projector Pertama Di Malaysia – TSR Cinemax Shah Alam

Jujur kami katakan pawagam ini cukup selesa. Baru sahaja dibuka sekitar dua tahun lalu, TSR Cinemax yang terletak di Padang Jawa Shah Alam tampil dengan rekod terbaharu dengan memperkenal Pawagam RGB Pure Laser Projector pertama di Malaysia. Dengan paparan ini, penonton akan dapat menonton filem kegemaran mereka dengan lebih jelas selain sistem bunyi yang cukup mengasyikkan.

Pawagam Antarabangsa Pertama Di Malaysia – Bona Cinema Genting

Selain MBO, GSC,TGV MM Cineplex dan TSR Cinemax, Malaysia juga telah memperkenalkan pawagam antarabangsa pertama di Malaysia iaitu Bona Cinema dari China yang terletak di Genting Highland. Mempunyai pelbagai jenis pilihan pawagam seperti IMAX dan juga Gold Class dengan D-Box kesemua pawagam disini dilengkapi dengan sistem suara Dolby Atmos yang terkini.

Pawagam LED Pertama Di Malaysia – GSC Mid Valley

Golden Screen Cinemas (GSC) dan Samsung Malaysia Electronics telah bekerjasama untuk membawa Cinema LED Screen, iaitu LED bersaiz skrin pawagam yang mempunyai resolusi 4K dan high dynamic range (HDR) untuk memberikan pengalaman sinematik yang lebih menakjubkan. Terdahulu, GSC Mid Valley Megamall telah dilengkapi dengan teknologi ini sekaligus menyaksikan Malaysia menjadi negara keempat yang akan menggunakan teknologi ini selepas Korea, China dan Switzerland.

Kerusi 4D Pertama Di Malaysia – MBO The Starling

Pada April 2017, MBO telah memperkenalkan pawagam teknologi 4D yang pertama, iaitu MX4D Motion Seats di pusat beli-belah The Starling, Petaling Jaya. Kolaborasi ini merupakan usahasama dengan sebuah syarikat hiburan di California, MediaMotion, MX4D Motion Seats yang mana penonton akan dapat ‘merasai’ aksi di skrin daripada ‘built-in motion’ dan juga efek di kerusi dan sekeliling panggung. Antara kesan MX4D termasuk: pergerakan depan-belakang dan kiri-kanan, angin dan percikan air, gegaran, bauan, lampu strob dan juga kabus.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Bona CinemasGSCMBO CinemasTGV CinemasTSR Cinemax
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  5. 5

    Bukan Semua Salah Pemandu! Isu Penunggang Motorsikal Bawa Laju Ketika ‘Lane Splitting’ 

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara