Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Parasite Wajib Tengok! Terlalu ‘Mind Blown’

by Khai Azfar
August 19, 2019
Share on Facebook

Mula ditayangkan pada 15 Ogos, filem dari Korea ini tular di media sosial dan hangat memperkatakan mengenainya. Malah kami di murai.my sendiri turut mendapat cadangan dari pihak GSC Movies untuk menonton filem ini yang dikatakan antara filem terbaik pada tahun ini. Sebagai info, baru-baru ini filem Parasite telah memenangi anugerah The Palme d’Or di Cannes Film Festival sekaligus menjadikan filem ini merupakan filem Korea pertama yang memenangi anugerah tertinggi itu.

Perasaan Ingin Tahu Bermain Di Fikiran

Jika dilihat pada permulaan filem ini barangkali anda tidak akan menjangka apakah yang akan terjadi pada babak seterusnya. Lazimnya filem dari Korea banyak bermain dengan elemen kreatif sehingga tak terjangkau di akal fikiran untuk memikirkannya.

Di saat kami menonton, boleh dikatakan permulaan filem ini mudah difahami namun ketika ianya mula dibawa ke pertengahan filem, perasaan ingin tahu mula meluap-meluap di fikiran penonton. Genre? Mungkin terlalu banyak untuk dinilai, barangkali Parasite terkandung dark comedy, thriller, suspense, cinta dan kekeluargaan segalanya digarap dengan begitu baik.

Plot Twist Yang Buatkan Penonton Mind Blown 

Apa yang kami boleh katakan bersiap sedia dengan elemen ‘plot twist’ filem ini sehingga membuatkan anda kagum dengan sinematografi nya. Secara keseluruhan kami boleh katakan filem ini adalah antara yang terbaik pada tahun 2019 dan pastikan Parasite berada dalam senarai wajib tonton anda. Pesan kami, sebelum menonton lapangkan fikiran dan bersiap sedia dengan elemen kejutan yang menanti!

Sinopsis Filem Parasite

Mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang miskin hidup yang mana semua ahli keluarga tidak mempunyai pekerjaan. Keluarga ini terdiri dari seorang ayah bernama Ki-taek (Song Kang-ho), isterinya bernama Chung Sook (Jang Hye-jin), anak lelakinya bernama Ki-woo (Choi Woo-shik) dan anak perempuannya bernama Ki-jung (Park So-dam).

Youtube video

Suatu hari anak lelakinya Ki-woo atau dikenali sebagai Kevin telah mendapat peluang pekerjaan sebagai tenaga pengajar Bahasa Inggeris kepada seorang anak gadis dari Keluarga Park, keluarga yang kaya raya. Kemudian selepas kehadiran Kevin, dia cuba membawa seorang demi seorang ahli keluarga nya dalam rumah serba kaya itu sehinggalah satu kejadian yang tidak diduga berlaku di dalam rumah mewah itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
filem parasitereview filem parasitesinopsis filem parasite
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Yang Chao-yue
Filem

Dari ‘Rival’ Jadi Kekasih? Kisah Cinta Yang Chao-yue & Dong Si-cheng Di Netflix Curi Perhatian!

by Nurul A.
November 11, 2026

C-Drama kembali 'mendunia' di platform Netflix. Kali ini, muncul pula drama baharu yang berjudul 'Sunshine Through The Rain', memaparkan kisah...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara