Penggiat Industri Rayu Tayangan Filem ‘Suatu Ketika’ Dilanjutkan

Pendedahan tersebut turut mendapat reaksi daripada beberapa orang pelakon popular tanah air seperti Sharifah Amani dan Amerul Affendi. Menurut mereka, isu seperti ini bukanlah pertama kali terjadi dan sering menjadi mangsa.

Mesti Baca

Filem Suatu Ketika mula ditayangkan di pawagam tempatan bermula 12 September baru-baru ini. Filem arahan Prakash Murugiah ini dikhabarkan mendapat reaksi positif daripada penonton-penonton. Malah hasil carian kami turut mendapati kebanyakan ulasan daripada pengkritik filem tanah air turut memuji jalan cerita nya yang penuh dengan pengajaran.

Waktu Tayangan Terhad 

Biarpun begitu, terdapat perkhabaran yang agak menyedihkan yang mana filem Suatu Ketika seperti dianak tirikan di dalam jadual tayangannya di kebanyakan pawagam tanah air.

Malah menurut salah seorang tonggak utama filem ini, Pekin Ibrahim menerusi laman Twitter nya mendedahkan biarpun sudah masuk hari yang keenam tayangannya namun jadual tayangan amat terhad.

Jelasnya lagi, sebagai salah seorang pelakon Suatu Ketika dia akan terus membantu mempromosikan filem ini sehingga tamat tayangannya di pawagam.

Selebriti Bantu Promosi 

Pendedahan tersebut turut mendapat reaksi daripada beberapa orang pelakon popular tanah air seperti Sharifah Amani dan Amerul Affendi. Menurut mereka, isu seperti ini bukanlah pertama kali terjadi dan sering menjadi mangsa.

Mengajak peminat-peminat mereka untuk terus menyokong filem tempatan, hasil carian kami di laman Facebook rasmi GSC mendapati, rata-rata pengguna mula membanjiri ruangan komen posting promosi filem Suatu Ketika dengan harapan agar pihak pawagam dapat melanjutkan tempoh tayangan kerana rata-rata daripada mereka kecewa dengan jadual tayangan yang agak terhad.

Buat masa ini kami di murai.my masih belum berkesempatan untuk menonton filem ini namun kami akan cuba mencari masa terdekat  untuk menonton sendiri Suatu Ketika sebelum dipanjangkan ke ulasan filem kami seterusnya. Nantikan!

Terkini

Rahsia Kecantikan Kulit Glowing Pelakon Bollywood – Kareena Kapoor

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik Bollywood ini, Kareena Kapoor. Pelakon filem Kabhie Kushie Kabhie Gham ini walaupun usianya...

Artikel Berkaitan