Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

[REVIEW] Filem Stray Tidak Seteruk Seperti Yang Disangka

by Khai Azfar
October 11, 2019
Share on Facebook

Pada malam Selasa yang lalu, murai.my dengan kerjasama GSC Movies telah menganjurkan ‘Preview Screening’ filem seram Rusia, Stray bersama 40 orang pembaca bertuah kami di GSC One Utama.

Tidak Seteruk Yang Disangka

Sama seperti filem-filem Rusia yang lain, bagi mematuhi piawaian yang ditetapkan filem kali ini turut dialih bahasa kepada bahasa Inggeris. Bukanlah menidakkan kefahaman kami di dalam bahasa Inggeris, namun bedasarkan pengalaman kami sebelum ini boleh dikatakan hampir kesemua filem yang ditonton telah hilang taringnya.

Bayangkan isyarat mulut tidak seiring dengan pertuturan yang diungkap pasti akan membuatkan peminat kecewa, itu tidak termasuklah jalan cerita yang kadang kala membuatkan penonton ingin keluar terus dari pawagam.

Bagi filem Stray, sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini yang mana kami mampu fokus kepada keseluruhan jalan ceritanya yang menarik.

Biarpun terdapat beberapa kecacatan dari segi CGI, namun pengolahannya tidaklah seteruk filem sebelum ini. Tidak keterlaluan jika kami anggap Stray satu-satunya filem Rusia yang kami anggap menarik untuk tahun 2019 dan menarik untuk ditonton. Stray mula ditayangkan di semua GSC berhampiran anda bermula 8 Oktober 2019.

Sinopsis Stray

Filem yang diadaptasi dari karya Anna Starobinets, pemenang European Science Fiction A 2018 mengenai kisah pasangan suami isteri. Tiga tahun selepas kematian anak lelaki mereka, Vanya, Polina dan Igor nekad untuk mengubati kesedihan mereka dengan ingin mengambil seorang anak angkat.

Ketika melawat rumah anak-anak yatim, mereka hampir berputus asa untuk mencari ‘anak’ yang sesuai dengan mereka sehinggalah bertemu dengan seorang kanak-kanak istimewa.

Biarpun agak misteri,namun Polina berasakan kanak-anak begitu dekat di hatinya. Dalam masa yang sama, suaminya mula merasakan sesuatu yang aneh apatah lagi melibatkan kehilangan anak mereka dahulu.

YouTube video
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
review filem straysinopsis filem straystray
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kirby, Toxic Friendship & English Suspek Antara 4 Perkara Dalam Surat Suspek Tikam Pelajar Jadi Perdebatan

  2. 2

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  3. 3

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  4. 4

    Dituduh Biarkan Ibu Terkontang-kanting, Marissa Dania Jawab Pedas Kecaman Netizen

  5. 5

    Bukan Selebriti, Ini Latar Belakang Isteri Baharu Aamir Khan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara