Lisa BLACKPINK memang sering dilihat dengan rambut ‘Fringe’ iaitu gaya rambut yang menutup sebahagian dahi.
Dipetik dari Kstarlive, baru-baru ini menerusi sebuah forum dalam talian berusah mengumpul foto-foto lama Lisa tanpa ‘Fringe’. Ini kerana Lisa ternyata sering menggayakan rambut sebegini tanpa mengira konsep yang akan digunakan dalam album atau sesi fotografi. Malah penampilan di hari-hari biasa juga dia akan menggayakan rambut ‘Fringe’.
Pernah sekali seorang jurusolek mempersoalkan rambut ‘Fringe’ Lisa yang menempel di dahinya kerana ia tidak pernah melihat bergoyang walaupun jika ditiup angin yang kuat.
Walaubagaimanapun, Lisa tetap kelihatan comel dengan ‘‘Fringe’‘nya, peminat sentiasa mencari kesempatan untuk melihat dia muncul tanpa ‘Fringe’.
Seperti tidak lama dahulu, rambut ‘Fringe’ Lisa tersingkap kerana angin kencang di lapangan terbang. Tetapi dia tergesa-gesa menutup dahi sambil membuat isyarat dengan jarinya di penutup mulutnya supaya meminta semua orang untuk menyimpan rahsia itu.
Nah! Beberapa gambar telah dikumpulkan dan menjadi perbicangan kerana Lisa kelihatan berbeza tanpa ‘Fringe’, walaupun masih cantik. Lihat gambar-gambar di bawah;
LISA’S FOREHEAD IS THE REVOLUTION #LALISAxCelinePFW pic.twitter.com/acG2XDiqR9
— 👑 (@worldclasslisa) September 28, 2019
Bagaimana pandangan anda? Adakah anda setuju sekiranya Lisa kekal dengan gaya rambut ‘Fringe’ atau tidak?
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.