Sejak kebelakangan ini ramai pelakon Hollywood ternama mengumumkan persaraan mereka dari bidang lakonan. Ada yang meletakkan tanda noktah buat selama-lamanya dan tidak kurang juga beralih arah mahu bekerja di belakang tabir.

Filem Terakhir Jack Black 

Ini termasuklah buat Jack Black yang menganggap filem Jumanji : The Next Level adalah filemnya yang terakhir.

IKLAN

Spekulasi itu tercetus apabila Jack mengumumkan akan bersara sekaligus menganggap sekual Jumanji ini adalah naskhahnya yang terakhir.

Hampir berabad, Jack meraih populariti menerusi pelbagai watak yang dipegangnya dan tidak sekali berputus asa meskipun pernah gagal menceburkan diri sebagai seorang pemuzik menerusi band Tenacious D pada awal pembabitannya.

Ingin Terbitkan Sebuah Rancangan 

Biarpun begitu, kemunculannya sebagai Dewey Finn, seorang guru di School of Rock benar-benar menaikkan naman nya aptah lagi filem tersebut juga mendapat kutipan yang cukup membanggakan.

Menerusi sebuah temubual, Jack telah berseloroh ingin menjadikan nama band nya sebelum ini sebagai sebuah rancangan yang tidak pernah dilihat di mana-mana kaca televisyen.

Selain Jumanji dan School of Rock, Jack turut dikenali menerusi filem-filem popular yang lain seperti Goosebumps, The House With A Clock In Its Wall, King Kong dan banyak lagi.