Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Raja Muda Perlis Muncul Dalam MV Khai Bahar, ‘Ratuku’

by Phic ARMAN
December 12, 2019
197
KONGSIAN
Share on Facebook

Muzik Video (MV) berjudul Ratuku nyanyian Khai Bahar yang dilancarkan secara rasmi semalam (11/12/2019) di saluran YouTube Seventeen Eleven Music dan sudah mencatat lebih 50 ribu tontonan dalam masa kurang dari 15 jam.

Bercerita mengenai MV itu, ia jelas memaparkan kasih sayang dari seorang anak dan ibunya yang bertarung melawan penyakit buah pinggang. Bersiap sedialah dengan tisu kerana ia mampu mengundang air mata.

Muzik video yang dilakonkan oleh Muhammad A’bid Dubeis (anak kecil) dan Tengku Hamidah (Ibu) itu merupakan idea asal dari Azrul Azlan dan diterbitkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan kerjasama Seventeen Eleven Music.

Lebih menarik, penampilan istimewa Raja Muda Perlis, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku yang dipertua MAIPs dalam salah satu babak di mana Baginda memberi sumbangan kepada ibu dan anak ini.

Lagu ciptaan Kanda, Azrul Azlan & Anwar Husaini dan lirik Azrul Azlan ini benar-benar menyentuh jiwa dan perasaan. Diruangan komen, rata-rata peminat yang mendengar sebak kerana pernah merasa kehilangan orang yang tersayang.

“Ya allah, sampai bahagian ibu masuk hospital terus nangis teringatkan arwah mak. Tahniah Khai awak selalu menyanyi sampai ke jiwa” tulis salah satu komen.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Pada penghujung Muzik Video ini, Khai turut menyampaikan pesanan supaya menghulurkan bantuan kepada pesakit yang menderita sakit buah pinggang.

“Apa gunanya harta, jika ada yang menderita, apa gunanya hidup selesa jika ada yang terseksa, bantulah mereka yang menderita penyakit buah pinggang, bantuan anda adalah kebahagian mereka”- pesannya dalam MV tersebut.

Apa-apa pun Murai MY berharap MV ini akan trending dan teruskan berkarya sambil menggalakkan pendengar beramal kepada mereka yang memerlukan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share195Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Eddie G & Chubb-E, Serangan Radikal
Spotlight

Eddie G & Chubb-E Bergabung, Lancar “Serangan Radikal”

by Nurul A.
September 22, 2026

Industri muzik hip-hop tempatan dimeriahkan dengan pelancaran single terbaharu berjudul “Serangan Radikal”, yang menampilkan gabungan dua artis hiphop iaitu Eddie...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara