Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Netizen Pertikai Han Byul Dipilih Sebagai Juri Jemputan Dansa Dan Sing

by Khai Azfar
January 6, 2020
54
KONGSIAN
Share on Facebook

Tirai pembukaan program realiti terbaharu terbitan Astro, Dansa Dan Sing telah memperlihatkan seramai 10 kumpulan yang terdiri daripada selebriti yang mempunyai latar belakang mempertaruhkan bakat mereka di dalam bidang nyanyian dan tarian.

Han Byul Juri Jemputan Minggu Pertama 

Bagi konsert minggu pertama ini, selain Dato Rizalman Ibrahim dan Linda Jasmine di perkenalkan sebagai juri tetap, penyanyi yang juga Juara Big Stage musim kedua, Han Byul turut diundang sebagai juri jemputan.

Netizen Pertikai Pemilihan Han Byul

Bagaimanapun, disebalik kerancakan pengenalan konsert ini, terdapat pula beberapa komen negatif yang mempertikaikan pemilihan penyanyi itu sebagai juri jemputan apatah lagi baru sahaja dinobatkan sebagai juara Big Stage.

Rata- rata netizen beranggapan bahawa masih ramai selebriti lebih layak untuk menjadi juri jemputan apatah lagi pada minggu pertama  program ini.

Sedia Terima Kritikan 

Namun menurut Han Byul ketika ditemui Murai.my usai daripada program itu berkata dia sedia menerima kritikan sekiranya komen-komen tersebut mampu memperbaiki dirinya pada masa akan datang. Tambahnya, dia menyerahkan kepada penonton untuk menilai kemampuannya sebagai seorang juri dan mengambil peluang itu sebagai satu pengalaman.

“Saya menyerahkan kepada penonton untuk menilai sama ada saya layak atau tidak. Disebalik itu, saya mengambil peluang ini sebagai satu pengalaman. Agak sukar untuk saya memberikan komen-komen yang agak berat kerana saya ini adalah satu pertandingan.

Apa pun saya terbuka menerima sebarang kritikan dan komen untuk menjadi lebih baik. Saya akui tidak mampu menjadi seperti mereka, cuma saya hanya boleh berkongsi pandangan dan nasihat saya kepada mereka untuk memperbaiki persembahan pada masa akan datang”

Markah Penuh Minggu Pertama Dan Barisan Peserta Dansa Dan Sing

  1. Sophia Liana & Budak Ngam – 92
  2. Shiha Zikir & Squad – 81.1
  3. Wani Kayrie & DeLitz – 79.63
  4. Raja Syahiran & 2Twenty2 Squad – 77.4
  5. Chubb-E & Zeppo Youngsterz Crew – 75.37
  6. W.A.R.I.S & Alamak – 72.33
  7. Arja & The Pirates – 68.5
  8. Nik Qistina & DP Fam – 62.5
  9. Atilia, Yasmin Hani & The Lola – 54.17
  10. Harris Baba & Unique – 48
Dansa Dan SingHan Byul
https://lomp.at/uw9gy
Share27Tweet11SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem