Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Hilang 6KG Dalam Sebulan! Dina Nadzir Nekad Untuk Terus Kurus

by Khai Azfar
January 16, 2020
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti verstail, Dina Nadzir mendedahkan sudah hilang 6 kilogram sejak mengikuti rawatan di SSKlinic yang mana dia turut dilantik menjadi duta bagi jenama tersebut.

Semakin Berjaga-Jaga 

Bagaimanapun, menurut Dina atau nama sebenarnya Faradina Mohd.Nadzir,35 selain rawatan dia turut menghadkan pengambilan makanan-makanan segera untuk tampil lebih sihat. Tidak segan untuk berkongsi pengalamannya, tambah Dina dia kini semakin berjaga-jaga untuk mengambil sebarang makanan apatah lagi turut mendapat sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Untuk program pelangsingan ini, saya dah turun sebanyak enam kilogram, dari 112kg kini berat saya 106 kg. Kalau boleh sekarang sasaran saya adalah untuk capai berat badan ketika umur 18 tahun iaitu 80 kilogram.

Walaupun nampak mudah, namun sebenarnya ia agk sukar sebab saya jenis suka makan jajan dan coklat. Namun saya bertuah kerana dapat sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Kalau dulu setiap kali ada ‘potluck’ mereka akan bawa kari kambing dan sebagainya. Tetapi kali ini mereka memahami saya dan menyediakan sajian lebih sihat seperti salad”

Sedia Untuk Bercinta Semula 

Dalam perkembangan lain, biarpun sudah hampir 10 tahun putus cinta dengan bekas kekasihnya, penyanyi dan penyampai radio Era ini tidak berasa sunyi dan lebih senang meluangkan masa bersama keluarga dan beberapa teman rapatnya.

Namun jika bercakap mengenai persediaannya untuk bercinta semula, dia tidak menolak untuk menerima mana-mana jejaka yang menambat hatinya namun meletakkan beberapa syarat terutamanya mengenai penjagaan diri.

“Sudah memasuki usia 35 tahun, kalau nak cari teman istimewa memang saya akan tengok personaliti dulu daripada rupa. Dulu tidak dinafikan kita muda lagi, memang nak teman lelaki yang kacak sahaja. Disebabkan sudah semakin matang, saya kalau boleh nak teman lelaki yang bijak. Rupa tidak penting, asalkan ketiak mesti wangi,” kata Dina sambil berseloroh.

Dina ditemui Murai.my ketika di majlis pelantikannya sebagai duta SSKlinic yang berlangsung di Damansara 3, Petaling Jaya pada petang Selasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Dina Nadzir
Share9Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“All Is Well, Alhamdulillah” – Aina Abdul Kekal Positif, Anwar Titip Ucapan

by Phic ARMAN
November 15, 2026

Kejayaan penyanyi bersuara lantang, Aina Abdul meraih tempat keempat dalam Eurovision Song Contest Asia 2026 nyata membanggakan rakyat Malaysia. Malah,...

Read moreDetails
Tun Dr. Mahathir
Spotlight

Tun Dr. Mahathir Dimasukkan Ke IJN

by Nurul A.
September 30, 2026

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemerhatian...

Read moreDetails
Foto - @rizmanruzaini (IG) / @silxntrosx_ (Threads)
Spotlight

[VIDEO] Mak Cik Terlebih Mesra, BFF ‘Ban’ Tetamu Cium Bella Astillah

by Nurul A.
October 26, 2026

Tindakan seorang wanita menarik leher Bella Astillah untuk mencium pipinya baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang tular...

Read moreDetails
Spotlight

Nora Danish ‘Naik Angin’ Kenyataan Disunting Kaitkan Pemandu Lori – “Itu Fitnah Sama Sekali”

by Phic ARMAN
October 20, 2026

Pelakon Nora Danish tampil menjelaskan isu kenyataannya mengenai pemandu lori yang tular di media sosial selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

Peminat Boleh Pilih Lagu & Tema? Ini 5 Fakta Konsert Ella: Sidang Penutup Yang Anda Perlu Tahu!

by Phic ARMAN
October 21, 2026

Selepas menghimpunkan lebih 70,000 peminat di Kuala Lumpur, Singapura dan Pulau Pinang, Ella bakal menutup perjalanan Majlis Tertinggi Rockqueen 2026...

Read moreDetails
Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Spotlight

“Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

by Phic ARMAN
November 16, 2026

Pelakon, pengarah dan penerbit terkenal, Dato' Hans Isaac bakal menamatkan zaman bujang apabila mengumumkan berita pertunangannya dengan bekas ratu cantik...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Hans Bila Nak Kahwin?”- Akhirnya Terjawab, Hans Isaac Bakal Kahwini Bekas Ratu Cantik Malaysia

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  5. 5

    Elak Kelam-Kabut! Ini 7 Tips Persiapan Hari Raya Yang Ramai Terlepas Pandang

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara