Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘Kan Abang Dah Meninggal?’- Azam Smile Tergamam Bertemu Arwah Nassier Wahab

by Phic ARMAN
February 3, 2020
496
KONGSIAN
Share on Facebook

Mungkin ada di antara kita yang pernah memimpikan keluarga atau teman yang telah meninggal dunia. Kemudian setelah terbangun dari tidur, seolah-olah kita dapat melepaskan rasa rindu terhadap orang yang tersayang sudah pergi buat selamanya.

Begitulah yang terjadi kepada penyanyi Azam Smile atau nama sebenarnya Mohd Azam Abidin. Mungkin terlalu rindu dengan Allahyarham Datuk Nassier Wahab, dia diberi kesempatan bertemu insan yang dianggap seperti abang kandungnya sendiri itu di dalam mimpi.

“Hari ini aku rasa sayu sangat. Semalam aku mimpi arwah Abang Nassier. Dalam mimpii tu aku ada kat satu event, abang @nas_keo berteriak panggil aku naik ke atas. Dalam keadaan tergesa-gesa, Aku terkejut bila tiba-tiba arwah abang nassier muncul dihadapanku dan meminta aku menyanyikan lagu ‘Memori Cinta Luka’.”- ceritanya,

Menurut Azam, dia terkejut kerana dalam mimpi itu dia sedar bawa Allahyarham sudah meninggal dunia.

“Aku tergamam, sebab dalam mimpi itu aku rasa aku memang tahu yang abang nassier dah meninggal. Aku tanya pada arwah, macam mana abang Nassier boleh datang sini, kan abang dah meninggal?

“Arwah bercerita panjang. (Cerita tu ku tahan biarlah menjadi rahsia)”

“Lepas selesai meluah, aku terus peluk arwah & menangis. Lalu aku terjaga, pipi terasa basah dengan air mata yang tak mampu aku tahan.”

Pertemuan Azam dan Allahyarham sekali gus meleraikan rindu yang tidak tertanggung dan memohon semua pengikutnya supaya dapat sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham.

“Aku mohon semua dapat doakan & sedekahkan Al-Fatihah pada arwah Abang Nassier. Al-Fatihah”- tulisnya di Instagram.

View this post on Instagram

A post shared by Shukri Zainal (@shukrizainalofficial)

Azam berkata, Allahyarham Nassier Wahab merupakan insan yang selalu memberi tunjuk ajar kepada dirinya sejak menjadi seorang penyanyi. Allahyarham pulang ke Ramatullah pada Disember tahun lalu di usia 57 tahun.

Semoga Allahyarham tenang di sana bersama para solihin. Alfatihah.

https://lomp.at/b2q9t
Share198Tweet124SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem