Wednesday, March 22, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result

Peminat Mahukan Keadilan Buat Siti Nurhaliza, Aina Abdul & Ernie Zakri

by Khai Azfar
February 11, 2020
373
KONGSIAN
Share on Facebook

Biarpun Anugerah Juara Lagu 34 (AJL) sudah melabuhkan tirainya namun kehangatannya masih dirasai sehingga ke hari ini. Menobatkan Naim Daniel menerusi lagu Sumpah sebagai Juara, AJL34 turut tersimpannya beberapa kontroversi sehingga menjadi pertikaian di media sosial melibatkan 3 penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aina Abdul dan Ernie Zakri.

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Selepas kali terakhir muncul di pentas berprestij itu sekitar tahun 2000, Siti mengejutkan peminat apabila muncul dalam persembahan lagu Anta Permana nyanyian asalnya pada malam AJL34 yang diberikan mandat kepada Bob untuk membawakan lagu tersebut. Namun, pada permulaan nyanyian Siti peminat mendakwa mikrofon penyanyi itu seolah-olah tidak berfungsi membuatkan suaranya seperti tidak kedengaran.

Ekoran itu, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa mereka dengan TV3, selaku stesen Televisyen yang menyiarkan siaran langsung rancangan itu.

Malah ada diantara mereka menyifatkan persembahan Bob dan Siti seperti disabotaj. Namun begitu, semalam sebuah video persembahan penuh kedua-dua penyanyi itu telah dimuatnaik semula di laman YouTube.

Aina Abdul

Selain Ernie Zakri, Aina Abdul juga antara tiga penyanyi yang diramal mampu merangkul kategori vokal terbaik sebelum tumpas pada lagu Kisah Cinta Kita dendangan Hafiz Suip. Biarpun tidak berjaya memenangi sebarang anugerah pada malam kemuncak AJL34, namun persembahan memukau Aina menerusi lagu Sumpah berjaya mencuri hati peminat dengan vokalnya yang cukup merdu.

Disebalik persembahan Aina, hangat memperkatakan mengenai isu pengaruh bunuh diri yang ditonjolkan oleh penyanyi ini. Bertegas bahawa ianya merupakan lambang hancurnya hati seorang wanita kerana menyesal dengan perbuatannya sendiri terhadap orang yang amat disayangi, menurut Aina sebagai seorang muslim, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk melakukan konsep yang sedemikian.

View this post on Instagram

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Berikutan itu, video nyanyiannya telah digantung buat sementara waktu untuk ditayangkan semula di laman YouTube.Rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa mereka apabila Aina diperlakukan sedemikian. Malah ada diantaranya mahukan keadilan buat Aina yang hanya ingin berkarya apatah lagi bakat yang dimilikinya cukup mengagumkan ramai pihak.

Ernie Zakri

Segalanya hampir sempurna pada persembahan mantap Ernie Zakri dalam Ku Bersuara.Menampilkan paduan suaranya yang diiringi orkestra dan kumpulan koir, sudah pasti persembahan Ernie dalam AJL34 akan terus diingati.

Ramalan awal mengatakan Ernie bakal merangkul kategori Vokal terbaik yang turut mendapat pilihan ramai selebriti. Namun, rezeki tidak menyebelahinya bagi edisi kali ini sekaligus membuat peminat berasa kecewa dan mempersoalkan keputusan juri.

Namun, bagi Ernie kekalahan tersebut bukanlah bermakna dia akan merajuk mahupun meletakkan tanda noktah dalam penyertaan AJL. Sebaliknya bagi penyanyi ini akan terus berkarya memberikan yang terbaik selain meluahkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan oleh peminat-peminat.

What’s your Reaction?
+1
1
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: ajl 34
Share179Tweet81SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Selepas 6 Tahun Berkahwin, Nora Danish Akui Keadaan Semakin Aneh!
Gossip

Selepas 6 Tahun Berkahwin, Nora Danish Akui Keadaan Semakin Aneh!

by Puteri Alia
March 21, 2023
Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia
Lokal

Ada Susah-Senang Untuk Suami, Nasib Pelakon Cantik Diana Danielle Dan Puteri Sarah Tetap Tidak Bahagia

by Puteri Alia
March 21, 2023
Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah
Gossip

Syamsul Yusof Ada Nasihat Bini Kedua, Ira Kazar Untuk Bersabar Menempuh Ujian Serta Menanti Hikmah

by Puteri Alia
March 21, 2023
Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain
Lokal

Tak Boleh Terima Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih, Syamsul Yusof “Selesaikan” Dengan Berkahwin Lain

by Puteri Alia
March 21, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Teruja Dengar Puteri Balqis Cakap Inggeris-“Omg Her Accent”

  2. 2

    “Alhamdulillah Sah!” – Zarina Zainuddin Yang Terawal Ucap Selamat Pengantin Baharu Buat Janna Nick Dan Pasangan?

  3. 3

    “Zaman Sekarang Ikat Perut Suami Masak Sedap Pun Dah Tak Menjamin”- Eina Azman Luah Sudah Buat Yang Terbaik

  4. 4

    Zed Zaidi Dedah Wajah Penyerang Kamal Adli-“Semoga Keadilan & Hukuman Yang Setimpal..”

  5. 5

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan