Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Boleh Buat Sendiri! 9 Manfaat Daun Lidah Buaya Yang Ramai Orang Tak Tahu

by Amirul Fikry
March 7, 2020
982
KONGSIAN
Share on Facebook

Semua orang tentu sudah tahu dengan khasiat pokok lidah buaya atau aloe vera yang satu ini kan? Pokok lidah buaya adalah sejenis tumbuhan berair yang malar hijau dan berasal dari Semenanjung Arab. Daunnya yang keras dan berisi dengan tisu berlendir adalah gel yang dikaitkan dengan aloe vera.

Gel tersebutlah yang digunakan didalam produk-produk kecantikan. Sejak azali lagi, pokok lidah buaya memang sudah dikenali sebagai tanaman yang berkhasiat dan banyak manfaat untuk kesihatan seperti pembuatan minuman, penjagaan rambut, muka, kulit, kosmetik, penawar bagi kesan kulit terbakar akibat sinar matahari dan banyak lagi.

Selulit

Campurkan minyak kelapa Bersama aloe vera gel dan sapu pada bahagian selulit setiap hari selepas mandi. Kulit akan menjadi lebih rata dan berseri.

Rambut Gugur & Kelemumur

Vitamin A, C dan E yang terkandung dalam daun lidah buaya sangat berkesan untuk mengawal masalah rambut dan kulit kepala.

Ambil sedikit yogurt, aloe vera gel, sebiji pisang dan cecair vitamin E, kisar kesemua bahan sehingga halus dan sapukan terus kebahagian akar sehingga ke hujung rambut. Biarkan seketika dan cuci serta keringkan seperti biasa. Alur rambut yang sebelum ini nampak rongganya, kini semakin lebat.

Urutkan lendir lidah buaya ke kawasan kulit kepala sebelum tidur, ianya dipercayai berfungsi bagi melegakan rasa gatal kulit kepala serta berkesan untuk menangani masalah kelemumur. Cara ini juga sesuai dilakukan untuk menguruskan rambut dengan kesan lebih natural.

Penyembuhan Luka & Kesan Kulit Terbakar

Pokok lidah buaya boleh merawat kesan kulit terbakar 9 kali lebih cepat berbanding ubat biasa yang terdapat dipasaran. Hanya ambil bahagian isi lendir (gel) pada pokok lidah buaya dan dicampurkan bersama madu.

Kemudian kisar sehingga halus dan masukkan kedalam bekas ubat yang kecil yang sudah tidak digunakan dan bekukan didalam peti sejuk. Sapu pada luka kerana aloe vera dan madu dapat meningkatkan penyembuhan luka. Aloe vera juga dapat merangsang pertumbuhan semula sel kulit baru dan mempunyai kesan antibakteria.

Kulit Yang Bermasalah

Lidah buaya mengandungi asid salisilik yang bertindak sebagai ejen untuk menghalang penghasilan minyak yang berlebihan.

Sebagai bedak asas yang terbaik, anda cuma perlu campurkan bedak asas bersama dengan aloe vera gel, ini akan mengurangkan kesan minyak pada muka.
Campurkan aloe vera gel, gula, minyak kelapa, serbuk teh hijau dan kacau sebati untuk dijadikan sebagai scrub yang akan dapat menyingkirkan sel kulit mati.

Sapukan terus lendir pada kulit. Boleh disapu terus pada bahagian muka untuk mengurangkan kulit berminyak, boleh juga disapu pada bahagian kulit yang terdapat regangan dan bahagian bawah lengan selepas bercukur. Kulit akan menjadi lembab dan dapat menyembuhkan sel kulit yang rosak.

Kening Yang Tidak teratur  & Lebatkan bulu Mata

Gunakan sedikit gel aloe vera, sedikit serbuk pembayang mata yang berwarna coklat gelap, kacau sehingga sebati dan aliskan pada kening. Kening akan menjadi lebih teratur dan cantik terurus.

Gunakan lendir alo vera yang dicampur dengan minyak zaitun. Sapukan pada bulu mata dengan menggunakan berus kecil. Jangan terkejut bila bulu mata anda lebih panjang dan lebat.

Liang Pori Terbuka

Sedikit gel aloe vera, air mawar, gula dan lemon. Kacau sehingga gula hancur, sapukan terus pada kulit wajah dengan menggunakan kapas muka yang dicelup didalam campuran tadi. Liang pori anda akan mula pudar.

Garis Halus Dan Kedutan Pada Wajah

Ambil lendiran pada daun lidah buaya dan kisarkan bersama yogurt dan madu serta spirulina. Sapukan pada keseluruhan wajah dengan menggunakan kapas muka dan biarkan sehingga kering. Cuci bersih dan lihat hasilnya. Lakukan seminggu 1-2 kali, ianya dapat mengurangkan garis halus dan kedutan pada muka. Dengan melakukan ini secara konsisten juga dapat meremajakan kulit wajah .

Bibir kering

Letakkan aloe vera gel pada kapas muka dan biarkan kapas dibibir selama 5 minit, bibir akan menjadi lebih lembab. Campur aloe vera gel Bersama pewarna makanan (merah) dan jadikan sebagai gloss bibir semualajadi.

Mengurangkan Berat Badan

Aloe Vera yang dicampurkan dengan sedikit madu dan lemon yang dikisar boleh dijadikan jus. Menurut kajian yang dijalankan oleh Britt Brandon, penulis buku The everything Guide to Aloe Vera for Health menunjukkan bahawa pokok lidah buaya adalah salah satu tumbuhan yang dapat membantu menurunkan berat badan. Namun ianya harus diambil secara konsisten agar kita dapat bentuk badan yang ideal.

Semoga tips dari kami ini bermanfaat buat anda. Tapi haruslah konsisten untuk menampakkan hasil, Jangan pula sekali cuba dah dapat keajaiban yer. Selamat Mencuba!

https://lomp.at/hw9hn
Share405Tweet241SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem