Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026
Strok Kanak-Kanak

Foto - SMVC

Share on Facebook

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak pernah menyangka anak mereka boleh mengalami strok.

Hakikatnya strok boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia, daripada bayi yang baru dilahirkan hingga remaja. Walaupun jarang berlaku ini menjadikannya satu cabaran kerana gejala yang muncul secara tiba-tiba mudah terlepas pandang atau disalah anggap sebagai penyakit kanak-kanak yang lebih biasa.

Kenal Pasti Simptom Strok & Bertindak Segera

Antara faktor yang menyukarkan pengenalpastian ialah gejalanya mungkin berbeza daripada gejala yang dialami oleh orang dewasa. Tanda amaran juga boleh berbeza mengikut usia kanak-kanak.

Dalam kalangan kanak-kanak yang lebih berusia ataupun remaja, gejalanya mungkin menyerupai strok dalam kalangan orang dewasa, seperti muka senget, rasa lemah pada sebelah badan atau kesukaran bercakap. Namun bagi bayi dan kanak-kanak kecil, tanda-tandanya mungkin lebih sukar dikenal pasti, seperti sawan atau kesukaran menyusu.

“Ibu bapa perlu mencatat waktu terakhir anak mereka diketahui berada dalam keadaan normal kerana masa bermulanya gejala boleh menjadi faktor penting dalam menentukan pilihan rawatan kecemasan. Menghubungi ambulans membolehkan pasukan kecemasan menyelaras destinasi rawatan yang sesuai serta memudahkan pemindahan pesakit ke fasiliti yang mempunyai kepakaran dalam rawatan strok,” nasihat Dr Tan Jen Ern, Pakar Perunding dan Pakar Neurologi Kanak-Kanak di Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV).

Mengapa Kanak-kanak Boleh Mengalami Strok?

Tidak seperti orang dewasa, ia boleh dikaitkan dengan penyakit jantung, abnormaliti pada salur darah otak, masalah berkaitan darah, jangkitan atau keradangan, trauma serta keadaan genetik atau metabolik tertentu.

Mengenal pasti simptom strok memerlukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk ujian darah, ujian saringan gangguan pembekuan darah (trombofilia) jika diperlukan, elektrokardiogram (ECG) untuk merekod aktiviti elektrik jantung, ekokardiogram untuk memeriksa struktur dan fungsi jantung, serta ujian pengimejan otak yang turut memetakan salur darah, iaitu pengimejan resonans magnetik bersama angiografi resonans magnetik (MRI dengan MRA).

Rawatan awal memberi tumpuan untuk menstabilkan keadaan pesakit, mengawal sawan dan menangani komplikasi. Bagi pesakit terpilih yang memenuhi kriteria ketat, prosedur invasif minimum untuk mengeluarkan darah beku daripada arteri yang tersumbat, dikenali sebagai trombektomi endovascular, boleh dipertimbangkan dengan sokongan kepakaran yang diperlukan.

SMCV Anjur Kempen Brain for Life: The Ultimate Mind & Motion Experience

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan otak dan sistem saraf dijemput untuk mengunjungi kempen Neurosains SMCV, Brain for Life: The Ultimate Mind & Motion Experience. Dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat usia, acara ini turut menjadi peluang untuk seisi keluarga meluangkan masa bersama sambil mempelajari kepentingan kesihatan otak.

View this post on Instagram

  • Tarikh: 30 Oktober hingga 1 November 2026
  • Masa: 10:00 pagi hingga 10:00 malam
  • Tempat: Main Atrium, Tingkat G, Sunway Velocity Mall

Pengunjung juga berpeluang mencuba Stroke Mirror yang pertama di Malaysia. Walaupun bukan alat diagnostik, cermin ini memaparkan simulasi gejala berkaitan strok untuk membantu keluarga mengenali dan memahami bersama salah satu tanda amaran strok yang paling mudah dikenal pasti. Dapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini di sini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
2
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
strokstrok kanak-kanak
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

aglow
Kesihatan

TEMUBUAL EKSKLUSIF: Dr. Amelia Siah Bawa Misi Kesedaran Kanser Payudara Menerusi Aglow Cup 2026

by Nurul A.
October 14, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang disambut setiap Oktober, MURAI berpeluang mengetengahkan kisah Dr. Amelia Siah, pengasas, CEO dan...

Read moreDetails
berat badan
Kesihatan

Tengah Tidur Pun Berat Badan Boleh Turun, Nak Tahu Caranya?

by Nurul A.
October 14, 2026

Rasanya semua orang tahu, nak turunkan berat badan bukannya senang dan ianya adalah satu proses yang lama serta susah. Jadi tak...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
Air Kosong
Kesihatan

Biar Berpada-Pada, Minum Air Kosong Berlebihan Boleh Datangkan Bahaya Ini…

by Nurul A.
October 11, 2026

Selalunya kita akan dengar yang pakar sarankan setiap individu meminum sekurang-kurangnya lapan gelas atau dua liter air sehari. Ini kerana...

Read moreDetails
Burnout
Kesihatan

Badan & Mental Rasa Sangat Lesu? 5 Cara Untuk Kamu Atasi Burnout

by Nurul A.
October 12, 2026

Pernah tak dalam satu-satu masa, kamu rasa seperti emosi, fizikal dan mental menjadi sangat letih? Atau rasa tertekan sangat? Hati-hati...

Read moreDetails
RAMBUT BASAH
Kesihatan

Kerap Tidur Dengan Rambut Basah? Hati-Hati, Kamu Mungkin Hadapi 4 Masalah Ini

by Nurul A.
October 20, 2026

Kamu pernah tidur dalam keadaan rambut masih basah? Percayalah, ramai di antara kita yang kerap tidur dengan rambut yang basah...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
Promosi Pemeriksaan Kanser Payudara
Kesihatan

Nak Check Payudara Dengan Harga Promosi? Ini Hospital Yang Kamu Boleh Pergi!

by Nurul A.
October 12, 2026

Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October, golongan wanita boleh merebut peluang ini untuk melakukan pemeriksaan kesihatan payudara....

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara