Barangkali tanggal 18 Mac 2020 merupakan hari yang cukup sedih buat penggiat industri hiburan. Bukan sahaja dikejutkan dengan pemergian penyanyi dan pelakon terkenal, Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari malah Serina Redzuawan dan Zahid turut kehilangan orang yang tersayang.
Bapa Zahid Meninggal Dunia
Jika Serina bersedih dengan kehilangan ibu tercinta, buat juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid Baharudin pula bersedih dengan atas pemergian bapanya pada petang semalam di Hospital Teluk Intan Perak.
Selamat Dikebumikan
Sebelum ini, Zahid telah berkongsi khabar berita yang mana bapanya sedang terlantar sakit dan memohon doa daripada orang ramai. Namun, Allah lebih menyayanginya apabila Allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 4:16 petang semalam. Difahamkan, jenaza Allahyarham telah selamat dikebumikan pada pagi tadi di Tanah Perkuburan Sultan Abdullah, Jalan Merbok, Teluk Intan.
Dalam pada itu, ramai kenalan selebriti dan pengikut Zahid mengucapkan takziah buat Zahid dan keluarga selain mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Kami di Murai.my turut ingin merakamkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarhamah Mya Ruslee, Serina dan Chef Wan serta Zahid sekeluarga. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi selama-lamanya. (Dibaca)
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.