Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya

PKP Jadikan Anda Semakin Gemuk ? 5 Perkara Ini Anda Perlu Pertimbangkan

by Jash Lee
April 19, 2020
Share on Facebook

Berat badan sentiasa menjadi masalah utama yang menghantui setiap orang tidak mengira lelaki atau wanita. Apalagi dengan keadaan sekarang yang memaksa kita untuk bekerja dari rumah.

Dari waktu mula bangun tidur, jadual kerja harian dan waktu makan yang sebelum ini dikelola dapat dengan baik, kini sudah berubah.

Hampir 1 bulan kita diarah untuk bekerja dari rumah. Perkara ini membuatkan kita tidak dapat mengawal jadual pemakanan dengan baik dan ini juga akan menyebabkan ramai diantara kita sama ada lelaki atau wanita merasa risau tentang berat badan akan naik.

Jika anda merasakan itu, anda tidak perlu risau kerana kami akan berkongsi dengan anda beberapa langkah yang perlu diambil sepanjang tempoh anda perlu bekerja dari rumah.

Buat Jadual Harian

via HelloDoktor

Mengikut salah seorang terapis nutrisi iaitu Wilma MacDonald, kita harus menyediakan jadual seperti mana kita berkerja di pejabat. Jadi, kita akan memulakan hari kita dengan bangun awal pagi, minum air kosong, senaman ringan, mandi dan sarapan. Setelah itu, mulalah bekerja sehingga masuk waktu makan tengahari.

Tetapkan juga masa makan sama seperti masa jika di pejabat. Contohnya jika di pejabat, kita akan makan pada pukul 12.00 tengahari, jadi,  waktu makan masa bekerja di rumah juga adalah pada waktu yang sama. Kemudian sambung bekerja dan sesekali anda boleh berehat sebentar atau berjalan-jalan di dalam rumah.

Cara ini dapat membantu masa makan kita akan menjadi lebih teratur. Tidak kira sarapan, makan tengahari atau makan malam. Kita juga dapat mengawal makanan yang diambil dalam sehari dengan baik.

Elakkan Makan Sambil Bekerja

via IndahnyaSunnah

Tidak dinafikan lagi, bekerja dari rumah membuatkan kita malas untuk bergerak. Jika di pejabat, kita terpaksa berjalan keluar untuk makan tengahari, tapi di rumah, kita hanya makan sambil bekerja dihadapan laptop.

Mengikut Wilma, ini adalah tabiat yang tidak baik dan seeloknya sesekali jauhkan juga diri kita dari telefon bimbit.

Kaji selidik yang dilakukan oleh Journal of Health Psychology mendapati bahawa orang yang makan sambil melakukan aktiviti biasanya akan mengambil lebih banyak makanan berbanding seseorang yang fokus pada makanan sahaja.

Jadi, cuba elakkan makan sambil bekerja dan hanya menikmati makanan semasa waktu rehat yang sepatutnya.

Banyakkan Minum Air Putih

via Sisternet

Wilma MacDonald juga mengatakan bahawa sebenarnya air putih dapat membantu kita merasa kenyang. Kebanyakan orang salah membaca isyarat tubuh bahawa apabila haus yang dianggap lapar. Oleh itu, jangan terus makan jika berasa lapar sebaliknya minum air putih terlebih dahulu, anda pasti akan berasa kurang lapar dan badan menjadi lebih selesa.

Oleh itu, selama kita perlu bekerja di rumah, sediakan botol minuman sebanyak 1 liter air dan letakkan di sebelah meja kita bekerja. Jadi, kita tidak akan merasa malas apabila haus. Bagi yang kurang suka minum air putih, mungkin anda boleh menambahkan potongan buah seperti strawberi, lemon, kiwi atau apple untuk memberikan sedikit rasa pada minuman anda.

Jauhkan Makanan Ringan Dari Meja Kerja

via Thinkstock

Satu kajian dari International Journal of Obesity yang ditulis oleh Brian Wansink, seorang pengarang buku Mindless Eating, mendapati bahawa banyak orang akan makan makanan ringan apabila ia berada dekat dengan kita atau di dalam telapak tangan. Oleh itu, elakkan dari meletak makanan ringan di atas meja kerja. Sebaiknya, simpan di dalam almari atau jauh dari pandangan kita.

Wilma juga menasihati kita untuk bertanya kepada diri sendiri sebelum memutuskan untuk mengambil makanan ringan kerana adalah ianya perlu sebab lapar atau merasa bosan dan tertekan. Sekiranya ini berlaku, cuba tenangkan diri dan minum air kosong. Jika masih juga mahu mengambil makanan ringan, pastikan ianya lebih sihat contohnya kurma, buah atau sayur-sayuran.

Mencatat Makanan Yang Diambil

via hipwee.com

Sebuah Analisis dari 22 kajian yang diterbitkan oleh Journal of the American Dietetic Association mendapati, salah satu cara untuk membuatkan kita sedar tentang makanan yang diambil adalah dengan mencatatnya. Caranya mudah, kita hanya perlu menulis semua makanan yang sudah dimakan pada hari itu. Dengan cara ini, kita dapat mengawal diri dari makan secara berlebihan.

Walau bagaimanapun, jika ianya rasa seperti sesuatu yang menyusahkan, kita juga boleh mengambil semua gambar makanan yang telah dimakan. Perkara ini dapat ‘mengaburi’ dan akan meningkatkan kesedaran pada diri kita terhadap semua makanan yang telah diambil.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
kesihatan beratbadan bekerjadirumah
Share6Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  2. 2

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara