Nama Lee Dong Wook sebenarnya sudah lama popular di dunia drama Korea. Pelbagai watak pernah dipegang dalam drama seperti My Girl, Scent of Woman, Wild Romnace sehinggalah Hotel King sememangnya membuat banyak gadis tergoda.

Pesonanya semakin kuat apabila dia memainkan watak Malaikat Maut dalam drama rantaian, Goblin.

Tidak dapat dinafikan bahawa penampilannya dalam Goblin kadang-kadang lebih kacak daripada watak utama, Gong Yoo. Selain wajahnya yang tenang apabila dia bertemu Sunny, dia juga mampu membuatkan penonton menangis.

IKLAN

Mungkin anda terkejut, penampilan dan wajah Lee Dong Wook dari kecil hingga dewasa benar-benar mengalami perubahan yang drastik. Tidak percaya?

Wajahnya ketika masih bayi sehinggalah di usia kanak-kanak.

Via allkpop.com

Ini adalah gambar Lee Dong Wook ketika tamat pengajian di sekolah

Via sunwook.wordpress.com
Via soompi.com

Dengan mendapat banyak tawaran yang berlakon dari tahun ke tahun, Lee Dong Wook juga mengubah penampilannya sedikit demi sedikit, yang ternyata menjadi lebih tampan.

Via forums.soompi.com

Ada yang mendakwa Lee Dong Wook telah menjalani pembedahan double-eyelid pada matanya dan mengubah sedikiiit bentuk wajahnya. Betul ke?

Via koreanclicks.com
Via dramabeans.com

Seiring usianya semakin meningkat, penampilannya pasti berubah. Dari wajah ‘jambu’ bertukar menjadi jejaka macho. Pada tahun 2013, dia dilihat berkumis dan berjambang lalu membintangi drama Heaven’s Order.

Via Instagram.com/leedongwook_official

Dia sering tampil menghiasi kulit majalah ternama seperti W, Esquire dan GQ dengan pelbagai konsep.

Via Instagram.com/leedongwook_official

Dalam KDrama terbarunya, yang berjudul Tale of Gumiho, Lee Dong Wook bergandingan dengan pelakon berbakat Jo Bo Ah.

Via Instagram.com/leedongwook_official

Lee Dong Wook juga menjadi Hos untuk rancangan talkshow  sendiri, iaitu Because I Want to Talk, yang disiarkan di SBS sejak awal Disember 2019.