Minggu ini, beberapa sektor dalam negara menerima khabar kurang gembira yang mana ada diantara syarikat ternama telah menutup operasi mereka disebabkan beberapa faktor termasuklah ekoran wabak COVID-19.

BluInc Tutup Operasi 

Semalam ,syarikat penerbitan terkenal BluInc Media Sdn Bhd telah mengumumkan penutupan operasi syarikat mereka. Setelah beroperasi hampir 4 dekad, BluInc yang terkenal dengan penerbitan majalah-majalah seperti Glam, Glam Lelaki, CLEO, HerWorld, Jelita, Marie Claire dan beberapa majalah yang lain kini dihentikan pengeluarannya berkuatkuasa pada Khamis (30 April 2020) .

IKLAN

Menurut Ketua Pegawai Operasi nya, Datin Azliza Tajuddin perniagaan syarikat itu sebenarnya sudah beberapa tahun mengalami persaingan yang agak tinggi terutamanya dalam bidang penerbitan digital.

G Hotel Ucap Selamat Tinggal 

Dalam perkembangan lain, beberapa hotel telah mengucapkan selamat tinggal selepas membuat keputusan untuk turut menutup operasi mereka. Terdahulu, menerusi artikel Murai.my melaporkan Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang baru sahaja dibuka pada Januari 2019 terpaksa menutup operasi bisnes mereka berikutan terkesan dengan wabak ini.

Mengalami nasib yang sama, G City Hotel atau juga dikenali sebagai G Hotel yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur turut mengumumkan penutupan operasi mereka. Keputusan itu dibuat selepas pihak pengurusan akui mengalami kemerosotan yang agak ketara apatah lagi dengan kemunculan beberapa hotel baharu di kawasan berhampiran sekaligus memberikan saingan yang cukup hebat kepada mereka.

Sebagai info, G Hotel mula dibuka sekitar 10 tahun yang lalu dan kesemua 79 kakitangan mereka kini sudah diberikan notis dan akan dibayar gaji mengikut akta yang telah ditetapkan.