Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Jadi Wanita Tercantik Di Dunia Tahun 2020, Ini Rahsia Awet Muda Son Ye Jin

by Phic ARMAN
June 10, 2020
39
KONGSIAN
Share on Facebook

Bintang drama Korea, Son Ye Jin menjadi ‘Wanita Tercantik di Dunia 2020’. Undian dilakukan oleh laman web Startometer melalui tiga media sosial iaitu Facebook, Instagram, dan Twitter. Son Ye Jin mendapat sejumlah 4.3 juta undi.

Telah diketahui bahawa populariti Son Ye Jin kini semakin meningkat. Terutama setelah drama terbarunya, ‘Crash Landing on You‘, mendapat sambutan positif dari masyarakat dunia.

Baru-baru ini, Son Ye Jin memenangi Anugerah Populariti TikTok dengan gandingannya dalam ‘Crash Landing On You’, Hyun Bin.

Siapa sangka dalam usia memasuki 38 tahun, Son Ye Jin mendapat gelaran ini. Tidak boleh dinafikan Son Ye Jin kelihatan menawan dan kelihatan awet muda.

Sudah tentu ramai peminat ingin tahu mengenai rahsia kecantikan yang sentiasa kelihatan segar dan awet muda. Dipetik dari halaman Preview.ph, berikut adalah amalan setiap hari Son Ye Jin menjaga kecantikan dan kesihatan diri.

Gemar Pakai Masker Timun Yang Dibuat Sendiri

Aktres itu mendedahkan bahawa dia telah membesar menyaksikan ibunya membuat masker mata dari timun. Difahamkan petua kecantikan orang tua-tua ini popular kerana ia dapat menenangkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di mata. Ia boleh dilakukan dengan menyejukkan kepingan timun dan meletakkannya di atas mata anda.

“Tidak banyak produk kosmetik pada masa itu,” kata Ye Jin. “Saya telah mengikuti jejak ibu saya. saya masih menggunakan timun hingga kini.”

Pakai Sheet Mask Hampir Setiap Hari

Sheet Mask atau masker wajah dalam bentuk lembaran antara yang menjadi kegemaran Son Ye Jin. Sebenarnya, bintang drama Korea itu akan menggunakan Sheet Mask hampir setiap hari, terutama sebelum penggambaran demi untuk memastikan kulitnya berada pada tahap terbaik. Dia akui Sheet Mask ini sangat berkesan jika mahukan pemulihan kulit cepat sebelum acara penting.

Masker juga antara benda wajib dibawa jika melakukan perjalanan.

“Masker wajah adalah salah satu yang wajib dibawa untukku setiap kali saya pergi ke luar negeri,” kongsi Ye Jin.

“Saya membawa banyak barang saat travel, terutama ketika kulit saya menjadi kering. Saya memiliki kulit berminyak, jadi memakai terlalu banyak bahan tidak baik untuk kulit saya, kerana itu saya biasanya menggunakannya untuk pelembapan”

Dan yang terakhir ditanya mengenai petua kecantikan penting yang diperolehnya selama bertahun-tahun, ini jawapan Ye Jin;

“Anda mesti minum banyak air. Ini tidak mudah tetapi seseorang mesti minum dua hingga tiga liter air setiap hari. Anda juga harus tidur lena, tetapi tidak mudah jika anda mengalami tekanan, “katanya.

“Saya biasanya mempunyai jadual yang ketat dan kurang tidur ketika penggambaran, jadi saya berusaha minum banyak air dan makan banyak buah.”

Tewaskan Lisa Blackpink

Undian ‘Wanita Tercantik di Dunia 2020’ itu dibuat sejak 4 April 2020. Walaubagaimanapun, Starmometer memilih artis cantik dalam pencalonan dengan penilaian dari indeks populariti, wajah cantik, dan daya tarikan di mata orang ramai.

Di bawah Son Ye Jin, anggota Blackpink dari Thailand, Lisa. Pada tahun 2019 Lisa menduduki tempat pertama dalam senarai 100 wanita paling cantik dalam versi Asia TC Candler.

Crash Landing on You
https://lomp.at/37im8
Share37Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Korea

BTS Umum World Tour 2026/2027: KL Buat 2 Malam! Ini 5 Fakta Penting Buat Ramai Tak Sabar

by Phic ARMAN
January 13, 2026

BTS akhirnya menggegarkan internet selepas mengumumkan world tour terbesar dalam karier mereka dan ya, menurut laman BTSOFFICIAL, Kuala Lumpur officially...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  5. 5

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara