Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

BoBoiBoy Bakal Gegarkan Pawagam Di Turki

by Phic ARMAN
August 3, 2020
241
KONGSIAN
Share on Facebook

Francais animasi superhero Malaysia, BoBoiBoy, bakal menggegar pawagam di serata negara Turki dengan penayangan dua filem pecah panggung dari francais tersebut di penghujung tahun ini. Monsta, studio di belakang tabir BoBoiBoy, akan bekerjasama dengan pengedar tempatan iaitu CJ Entertainment Turkey dan Two Productions untuk membawakan:

BoBoiBoy The Movie pada bulan September tahun ini, disusuli dengan sekuelnya iaitu BoBoiBoy Movie 2. Namun Monsta tidak berhenti sekadar di situ, kerana studio tersebut turut dalam perbincangan untuk membawa kesemua 76 episod siri animasi BoBoiBoy dan BoBoiBoy Galaxy ke kaca-kaca televisyen di Turki.

Kesemua filem dan siri animasi tersebut turut akan dialih bahasa ke dalam Bahasa Turki, supaya para penonton dapat mendalami watak superhero kegemaran mereka dengan lebih rapat lagi.

Francais animasi BoBoiBoy yang kian popular ini telah berjaya menembusi pasaran hiburan di lebih 70 buah negara seperti di Asia Tenggara, India, dan MENA (Middle East and North Africa), dan kini Turki bakal menjadi medan baharu bagi francais ini untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara yang berhampiran.

Monsta komited dalam menerajui usaha pengeksportan animasi Malaysia yang berkualiti tinggi, dan berharap dengan ketibaan BoBoiBoy di Turki, jutaan penonton baharu akan dapat menikmati siri animasi tersebut yang sarat dengan aksi, komedi, dan hiburan untuk seisi keluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
boboiboy the movie
Share239Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara