Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Tips

Ajinamoto Dapat Suburkan Pokok! Jom Intai Cara ‘DIY’ Baja Menggunakan MSG

by Aphit J.
August 9, 2020
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Menjadi satu kepuasan apabila pokok yang di tanam subur dan menghasilkan buah yang banyak dan besar. Menurut perkongsian daripada Vanilla Kismis, anda boleh menghasilkan sendiri baja DIY dengan menggunakan serbuk Ajinamoto.

Menggalakkan Pertumbuhan Bunga Dan Buah

via WikiMedia

Apa yang dikongsikan oleh Vanilla Kismis, dengan menggunakan baja DIY Ajinamoto, ianya dapat membantu pertumbuhan putik bunga sekaligus dapat menghasilkan kuantiti buah yang banyak bagi sesuatu pokok. Bagi pokok bunga, baja ini dapat membantu dalam menghasilkan bunga yang banyak.

Menggunakan Dua Bahan Mudah

via Nikkei

Bagi yang ingin mencuba membuat baja DIY ini, anda hanya perlu menggunakan 2 jenis bahan, iaitu serbuk Ajinamoto dan juga air yang bersih seperti air tanpa klorin, air tadahan hujan, air bertapis dan juga air yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih. Campur kedua-dua bahan ini dan biarkan serbuk Ajinamoto habis larut.

Pastikan Sukatan Yang Betul

via Business Insider

Menurut Vanilla Kismis, sukatan yang betul untuk baja DIY Ajinamoto adalah dengan menggunakan 5 sudu makan Ajinamoto yang dicampur bersama 5 liter air bersih untuk pokok yang berusia setahun dan ke atas. Manakala pokok yang bersaiz kecil, gunakan 1 ke 2 sudu Ajinamoto untuk 5 liter air.

Siram Pada Waktu Yang Sesuai

via Santa Clarita

Setelah larutan Ajinamoto sudah larut dan sebati bersama air, anda boleh menyiram pokok di pangkal pokok ataupun sembur di sekitar daunnya sahaja. Masa yang paling sesuai untuk menyiram adalah sekitar 5 hingga 6 petang ke atas dalam tempoh 2 minggu sekali.

Ajinamoto Mengandungi Unsur Atrium

via Ajinamoto

Menurut Vanilla Kismis, Ajinamoto mengandungi unsur atrium yang mempunyai nutrisi dalam membantu kesuburan pokok. Dengan itu, pokok akan menjadi lebih sihat dan dapat menghasilkan hasil yang lebih optimum.

Jadi untuk anda yang mempunyai masalah pertumbuhan pokok boleh menggunakan teknik ini untuk menjadikan pokok lebih segar dan subur.

Error happened.
baja DIYcara suburkan tanamanserbuk ajinamoto jadi baja
https://lomp.at/dtuu7
Share52Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara